Pegawai SPRM sahkan Husam masih belum dipanggil

Pegawai SPRM sahkan Husam masih belum dipanggil

Beberapa media melaporkan Dato Husam Musa dipanggil ke SPRM untuk diambil keterangan kes RM90juta PAS namun Husam dikatakan gagal hadir. Husam ketika dihubungi wartawan ternyata tidak mengetahui langsung mengenai namanya dipanggil ke SPRM lantas menghubungi pegawai SPRM untuk pengesahan.

Pegawai SPRM yang dihubungi mengesahkan nama beliau masih belum dipanggil untuk memberi keterangan seperti yang digembar-gemburkan media.

Husam dan Rafizi antara nama yang pernah mendakwa pemimpin-pemimpin PAS menerima sejumlah wang yang besar disyaki dari 1MDB.

Semalam Nik Abduh dan Nasharudin Mat Isa diambil keterangan oleh SPRM dan menurut sumber SPRM lebih 8 orang pemimpin PAS bakal diambil keterangan kerana memiliki “kemewahan” yang agak luar biasa antaranya membeli kereta-kereta mewah secara tunai, membeli nombor plat VIP dan banglo bernilai jutaan ringgit.

 

Loading...

Penjelasan Husam menerusi laman facebook beliau