Kes di London dan spekulasi saya

Kes di London dan spekulasi saya

1. Isu audio rakaman seorang pemimpin parti ehem yang mungkin kini semua orang tahu isi kandungannya telah menjadi satu isu yang amat besar di negara ini.

2. Mungkin ramai yang persoalkan mengapakah audio itu yang pada mulanya tidak diakui oleh “pemilik suara” audio itu dengan pelbagai, orang kata , ” flimsy grounds” tiba-tiba diakui dan diakui terima sebagai keterangan yang tidak dipertikaikan ( undisputed evidence ) di mahkamah di London.

3. Semua kita tidak tahu alasan sebenar mengapa pertamanya pihak plaintif iaitu pihak yang saman Sarawak Report tidak membantah kemasukkan keterangan audio tersebut. Keduanya, kita juga tidak tahu mengapakah Plaintif yang sebelum ini begitu yakin akan menang kes itu tiba-tiba bertukar fikiran tidak mahu teruskan saman itu?

4. Saya yakin ramai yang membuat pelbagai spekulasi. Maaf saya juga tidak berkecuali.. juga ingin berspekulasi.

5. Sebagai seorang mantan peguam dan ada sedikit pengalaman sebagai peguam bicara ( a trial lawyer ) dan pernah juga ada sekelumit pengalaman kendalikan kes-kes saman fitnah, saya berspekulasi bahawa menurut “my hunch” ( gerak hati ) sebagai orang yang ada “DNA trial lawyer”…audio itu adalah satu keterangan yang paling parah bagi kes presiden parti ehem. Kami, tok loyar panggil keterangan seperti itu “a damning or incriminating evidence”.

Loading...

5A. Jika ia adalah “a damning evidence”, awat tak mahu bantah? Soalan yang sah dan logik. Saya tiada jawapan yang pasti. Hanya boleh berspekulasi. Spekulasi saya adalah mudarat lebih besar jika bantah dibandingkan jika terima keterangan tersebut.

Jika bantah selepas itu mahkamah tolak dan kemudiannya terima pula audio itu sebagai keterangan kesan ” letupan volcano”nya baik kepada kes atau dari segi politik lebih dasyat skala richternya.

6. Dari segi kes , bila bantah lepas itu mahkamah tolak bantahan ( overrule the objection ) dan terima pula sebagai keterangan, ia ada kesan besar pada isu kos dan juga mungkin kredibiliti kes Plaintif itu sendiri dan akhirnya keputusan muktamad kes itu. Dalam bahasa mudah, risikonya sangat tinggi dan firma guaman Carter Ruck yang amat berpengalaman mengendali kes -kes saman fitnah bukan sahaja di UK tapi juga di Eropah,saya jangka, sangat arif perkara itu.

7. Justeru itu, bila diakui terima rakaman audio itu, berkemungkinan besar, kesan kepada isu kos jika kalah tak seteruk jika bantah dan risiko mahkamah tolak bantahan tersebut dan terima masuk audio tersebut. “We lawyers alwas think about the cost”. Ingat ini perbicaraan di London. Ia tak sama kita bicara di mahkamah di Kuala Trengganu misalnya. Di London , segalanya mahal .

8. Saya berspekulasi bahawa segala keyakinan Plaintif atau peguamnya terhadap kes mereka mungkin ranap dan hancur berkecai seperti debu ketika rakaman audio itu ” muncul”. Itu gerak hati saya lah. Mungkin sahaja saya silap.

10. Actually banyak lagi nak bespekulasi tapi saya stop dulu lah. InsyaAllah selepas parti ehem katanya akan keluar kenyataan rasmi pada atau selepas 11hb ini, saya akan mungkin komen atau berspekulasi lagi.

11. Jangan risau ini semua sekadar spekulasi liar saya sahaja. Ia macam orang main saham. Kadangkala pasaran ditutup lega , kadangkala ia tutup bercampur campur.