Bekas TMB terkejut, rasa bertuah dikunjungi Presiden AMANAH

Bekas TMB terkejut, rasa bertuah dikunjungi Presiden AMANAH

Mantan timbalan menteri besar (TMB) Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman amat terkejut dan melahirkan rasa bertuah apabila menerima kunjungan spontan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

“Terima kasih, saya rasa sungguh bertuah,” kata beliau ketika menyambut ketibaan kunjungan rombongan Presiden AMANAH di rumahnya di Kampung Penambang Kota Bharu, semalam.

Mohamad Sabu yang tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa bergerak terus untuk mengunjungi bekas bendahari Pas pusat itu.

“Sebaik keluar dari bilik ketibaan VVIP secara spontan Bang Mat beritahu saya, kita pergi terus ke rumah Ustaz Halim,” kata setiausaha AMANAH Kelantan Rushdan Mustafa.

“Rombongan yang tiba sekitar jam 6.15 petang itu disambut dengan harmoni.

Loading...

“Kedua-duanya kelihatan begitu terharu dan menyebut kisah-kisah silam dengan begitu ceria sekali,” kata Rushdan.

Mohamad Sabu dan Datuk Abdul Halim merupakan dua tokoh yang begitu lama berada dalam jawatankuasa Pas pusat.

Mohamad Sabu menduduki jawatan tertinggi sebagai timbalan presiden manakala Ustaz Abdul Halim sebagai bendahari agung parti berkenaan.

Berita Asal https://malaysiadateline.com/bekas-tmb-terkejut-rasa-bertuah-dikunjungi-menteri-pertahanan/