Isu Larangan Atlet Israel: Mana suara Pas dan Umno?

Isu Larangan Atlet Israel: Mana suara Pas dan Umno?

Tinjauan inforakyat.net hari ini mengenai isu larangan atlet Israel memasuki Malaysia mendapat reaksi yang agak hangat. Tambahan pula MCA menganggap keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melarang kemasukan atlet Israel ke Malaysia sebagai ‘menakutkan’ dan mundur.

Malah Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Teik Peng bertegas isu larangan ke atas atlet Israel ini telah mencemarkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Mana suara Umno dan Pas yang tiba-tiba menikus bila MCA bangkit mempertikaikan larangan tersebut? Sedangkan mereka sebelum ini begitu lantang bersuara.” Kata Zainal Anuar Mat Hasim, 27. Rakannya pula Ishak Yusob, 25 mengakui beliaupun merasa hairan bagaimana Pas dan Umno yang sebelum ini selalu menyerang kerajaan PH sebagai takutkan DAP, tapi mereka pula yang tiba-tiba hilang suara untuk membantah kenyataan MCA tersebut dan seterusnya menyokong pendirian tegas kerajaan PH yang enggan berkompromi dengan Israel hatta di dalam bidang sukan sekalipun.

“Mungkin pas dan Umno hanya nak main politik saja kot, dan tidak jujur memperjuangkan nasib umat Islam di Palestin” Ujar Hazwani Mursidi, 37. Beliau menambah “Saya pun hairan kenapa Najib semasa beliau masih menjadi Perdana menteri sanggup ‘sign’ kebenaran nak bagi perenang Israel ni masuk ke n egara kita. Mujurlah BN tumbang, tak dapat juga Israel masuk ke Negara kita”. Malah ketika Mohd Nazifuddin Mohd Najib (anak lelaki bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak) , Presiden MOM membantah larangan kerajaan terhadap Israel, Pas dan Umno juga diam.

Peniaga pasar malam Aziz Khalid, 47 pula berkata “ Pas sepatutnya menganjurkan himpunan bantahan kepada MCA segera dan baju sepatutnya dicetak dan dijual segera bagi menunjukkan solidarity Pas terhadap Palestin”.
Kejohanan Renang Para Dunia 2019 sepatutnya dianjurkan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos ini tetapi telah dibatalkan.

Pembatalan itu susulan ketegasan Kerajaan Malaysia di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tidak akan membenarkan atlet Israel memasuki negara untuk menyertai kejohanan itu. Tindakan tegas larangan oleh kerajaan Malaysia menyebabkan Israel tidak senang dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menggelar Perdana Menteri sebagai ‘anti-Semitisme melampau’.

Loading...