Diiktiraf sistem pengurusan bebas rasuah, tahniah Melaka berwibawa

Diiktiraf sistem pengurusan bebas rasuah, tahniah Melaka berwibawa

Perubahan kerajaan negeri di Melaka menjadi satu tumpuan utama dengan pelaksanaan manifesto yang cemerlang dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Tuan Hj Adly Zahari.

Selari dengan slogan Melaka Berwibawa, pelbagai pencapaian telah dilaksana oleh kerajaan Negeri Melaka.

Melakar sebuah lagi pencapaian terkehadapan, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menjadi negeri pertama menerima Sijil Pengiktirafan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) daripada Sirim QAS International. Hal ini sekaligus menjadikan Melaka diiktiraf negeri pertama di negara ini melaksanakan sistem pengurusan bebas amalan rasuah.

Barisan Pemuda Amanah Negeri Melaka amat berbangga dengan pencapaian kerajaan Negeri Melaka dan mengucapkan setinggi tahniah diatas pengiktirafan yang diterima.

“Melaka Berwibawa”
“Pemuda Bekerja”

Loading...

Ust Nor Khairi bin Mohd Yusof,
Ketua Pemuda,
Amanah Negeri Melaka.