Hak eklusif dan monopili BERNAS harus di pecahkan oleh PH

Hak eklusif dan monopili BERNAS harus di pecahkan oleh PH

Sekiranya Bernas hanya memilikki 28 kilang padi dari 191 buah kilang yang berdaftar di negara kita; mengapa kerajaan harus sambungkan hak monopoli kepada badan ini?!

Dari jumlah kecil kilang padi milik Bernas akan menyukarkan para pesawah menjual padi-padi mereka!!

Akhirnya, kerana kekurangan kilang-kilang milik Bernas dan dari logistik jauh dengan kawasan-kawasan sawah; para petani terpaksa menjual padi-padi mereka kepada kilang-kilang swasta!!

Kenyataan dari pihak Bernas ini sudah cukup bukti untuk kerajaan tamatkan ‘monopoli’ mereka dalam industri beras negara!!

Seandainya Bernas tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik dan effektif kepada para pesawah tiada guna lagi kerajaan bagi hak ‘eksklusif’ kepada pihak Bernas!!

Loading...

Lambakan beras import kini begitu banyak dan harga pula lebih murah dari beras tempatan!!

Sekiranya Bernas mengimport beras dari luar dengan kuantiti yang banyak dan seterusnya melambakkan di pasaran pada kadar harga yang lebih murah dari beras tempatan; macamana dengan masa depan pesawah serta padi negara?!

Bernas lebih pentingkan keuntungan komersial dari melaksanakan tanggungjawab sosial pada para pesawah di negara kita!!

Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan semua pengilang-pengilang beras bumiputera di seluruh negara bagi memahami secara lebih lanjut permasalahan mereka dengan Bernas dan selepas itu kami akan buat satu pendirian kearah memperjelaskan kepincangan peranan Bernas kepada warga pesawah di tanahair kita!!

Kerajaan Pakatan Harapan harus menjalankan ‘audit luaran’ bagi memantau keberkesanan peranan Bernas yang sudah semakin tidak relevan lagi!!

Sepatutnya, setelah memegang hak monopoli begitu lama dan mengambil alih peranan LPN; pihak Bernas menambahkan pelbagai kemudahan kepada para pesawah secara menyeluruh di seluruh pelusok tanahair!!

Dengan hanya memilikki 28 buah kilang padi di seluruh negara setelah sekian lama memonopoli industri beras negara; apakah kita boleh kagumi dengan pencapaian perkhidmatan Bernas ini kepada warga pesawah?!

Dalam apa jua situasi, monopoli Bernas mesti dipecahkan untuk mengujudkan persaingan yang lebih effisien dalam bidang industri beras nasional.

Suruh kakitangan ibu pejabat Bernas datang ke kawasan-kawasan sawah di Jasin untuk kami terangkan secara lebih terperinci mengapa Bernas sudah tidak relevan lagi!!

Tuan empunya dan para pemilik Bernas kena kerap turun ke padang bagi mendengar serta memahami permasalahan pesawah di seluruh negara!!

Jangan hanya hendak ‘mendongak langit’ dan fikirkan tentang keuntungan Bernas semata-mata!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin