Siapa Sheikh Omar yang dilantik ke lembaga pemegang amanah Yadim?

Siapa Sheikh Omar yang dilantik ke lembaga pemegang amanah Yadim?

Sheikh Omar merupakan pemegang Sarjana Muda Usuluddin di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin.

Sewaktu menjadi mahasiswa, beliau merupakan seorang anak muda yang aktif dan pernah memegang jawatan sebagai Ahli Exco Kenegaraan dan Patriotisma Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Manakala di peringkat nasional pula, beliau bergiat aktif sebagai Pengerusi Solidariti Mahasiawa Malaysia dan Presiden Ikatan Mahasiswa Islam Anak Johor.

Selepas menamatkan pengajian universiti, Sheikh Omar bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebelum melibatkan diri sepenuh masa dalam gerak kerja politik sebagai Setiausaha Eksekutif Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat dari tahun 2010 hingga 2013.

Menjelang pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2013, beliau mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Johor untuk membantu gerak kerja pilihanraya.

Loading...

Pada ketika ini, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor merangkap calon pilihanraya yang dipilih oleh Pakatan Harapan bagi DUN N30 Paloh.

Beliau menegaskan, kehidupan berkeluarga dengan seorang isteri dan tiga orang anak bekeluarga tidak menghalang beliau untuk terus berkhidmat untuk masyarakat.

Isteri beliau merupakan pelajar tahfiz Darul Quran dan juga graduan lepasan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia serta pernah berkerja di Hospital Pakar King Faisal, Arab Saudi.

Pada PRU14 yang lalu, beliau telah menang dan secara rasmi menjadi ADUN PALOH. Bermula tahun 2018 beliau telah dilantik sebagai EXCO Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Negeri JOHOR DARUL TAKZIM