Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$101.7 bilion pada 15 Jan, 2019, lebih tinggi sedikit daripada US$101.4 bilion pada 31 Dis, 2018.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek,” kata BNM dalam kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing pada US$95.8 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)  (US$900  juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.3 bilion).

BNM berkata aset termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR pada RM420.44 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 billion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.31 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.95 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan rizab-rizab lain (RM11.618 bilion).

Liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.70 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.4 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM159.79 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM18.08 bilion), deposit-deposit lain (RM735.23 juta), kertas BNM (RM18.78 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM1.55 bilion).

Loading...