Petugas PAS ibarat tempoyak dalam budu – Exco Terengganu

Petugas PAS ibarat tempoyak dalam budu – Exco Terengganu

Petugas PAS perlu memahami konsep perjuangan mereka dalam parti agar tidak berlaku lompat parti hanya kerana ingin nama dijulang.

Memetik sumber Sinar Harian, Ahli jawatankuasa PAS pusat yang juga merupakan Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata PAS bukanlah parti yang mengejar nama tetapi perjuangannya membawa dasar untuk meletakkan Islam di peringkat teratas.

Menurutnya, petugas parti perlu sentiasa bersedia menjadi seperti “tempoyak” yang diletakkan dalam budu.

“Jangan fikir nak menjadi seperti hantaran kahwin sekiranya nak kekal lama dalam parti.”

“Adakalanya naik ke pentas, kadang kena pakai baju batik, ada ketika berkot dan kita tidak merasa pelik sekiranya digelar ‘Tok Lebai’ sebab kita faham lumrah perjuangan yang sebenar,” katanya.

Loading...

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Dun Jabi berkata demikian ketika merasmikanMesyuarat Agung Tahunan Berkelompok PAS Cawangan Dun Jabi di Dewan Sivik Jabi, di sini.