PAS akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kemenangan UMNO di Semenyih

PAS akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kemenangan UMNO di Semenyih

PAS akan membuka bilik gerakan parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih dan menggerakkan kerjasama sama dengan Umno berdasarkan arahan kepimpinan pusatnya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata akan berusaha mengekalkan sokongan pada parti itu dalam pilihan raya umum lalu bagi membantu Umno.

“Fokus kita nak dapatkan 6,966 undi yang kita peroleh pada PRU lalu melalui calon kita akan dapat kita dapat kita bekalkan (kepada calon Umno) dan tambah dan cari 20 peratus undi (lain).

“Jentera akan turun seluruhnya. 

“Kita bergerak ikut arahan yang dikeluarkan dan memastikan bilik gerakan PAS akan beroperasi PRK ini dan insya-Allah berkeyakinan Umno akan atau calon yang kita persetujui akan menang di DUN Semenyih,” katanya.

Loading...

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama calon BN dalam pilihan raya umum lalu Johan Abd Aziz yang memilih memberi laluan kepada muka baru, kali ini.

Sidang media itu diadakan di bangunan Umno Selangor di Shah Alam.

Pada pilihan raya umum lalu, kedua-dua calon Umno dan PAS kecundang di tangan calon Bersatu Bakhtiar Mohd Nor yang menang dengan majoriti 8,964 undi.