Semua salah cina…

Semua salah cina…

Bani Melayu kat Malaysia ni hari ni mudah..Semua masalah salah Cina.. Salah DAP.. apa lagi salah PH.. Bila aku tulis fakta tentang peruntukan Sekolah Cina dan Bumiputera.. maka depa kalih cerita pasal sekolah di Sarawak dan Sabah yang mundur..

Jadi Sekolah di Sabah dan Sarawak mundur salah PH ker ? Salah Cina ? Salah Dr Maszlee..? awatnya.. Sarawak dan sabah selama ini bawah PH ker ? PH ker punca semua sekolah Usang ni ? Tahu lah depa selesaikan.. kenapa tak cakap selama ni Kelantan mundur sebab PH..kan senang..

Hal peruntukan Sekolah Cina takda kaitan dengan sekolah di Sabah dan Sarawak.. InsyaAllah, Masalah tu akan diselesaikan.. kira baik la, tahun pertama Dr Maszlee dah pergi tengok dan ambil tahu hal persekolahan yg Dhaif.. Kalau Kerajaan bersifat Amanah, ia akan dapat diselesaikan..

Tahun 2019 baru masuh 15 hari.. Peruntukan dalam Belanjawan 2019 baru mula turun, tengok Cina buat kerja.. hari ke 10 tahun 2019 depa dah agih bantuan, Orang Melayu patut ambil kesempatan.. belajar dari depa cara buat kerja..

Lim Guan Eng bukan jenis berlakon mcm Najib, hari ker 9 tahun 2019.. Dia dah bagi peruntukan Pondok 25 Juta terus kepada JAKIM, peruntukan tahfiz mungkin tunggu penubuhan Majlis tahfiz negara..dia tak agihkan sendiri mcm Najib melalui JPM unit ICU…bila ditanya peruntukan, Kata peruntukan takda..PM tak lulus… kalau agih ikut MOF, tu yg sebat duit dari projek jalanraya mcm mamak Azeez rahim rakan Taawwun PAS….

Loading...

Peruntukan Sekolah ni, kalau zaman BN , RM 100 juta boleh bina 3 Sekolah.. InsyaAllah zaman PH boleh dapat 5 Sekolah bila pemimpin dia ada sifat Amanah..tak rasuah.. takkan dengan Dr Maszlee pun tak yakin..takkan lebih percaya kan Najib jenis simpan duit tunai RM 100 juta dalam Rumah.. atau standard Azeez Rahim projek Jalan raya kampung pun dia tibai….

Bani Melayu ni.. Hal pendidikan , sekolah usang, meja berlubang pun salah Cina..walhal jadi menteri selama ini UMNO.. kenapa tak salahkan depa walaupun peruntukan berbillion setiap tahun..

masa Najib bagi peruntukan Permata kat Rosmah sampai RM 700 juta, takda pulak banding dengn peruntukan Pondok dan Tahfiz.. Permata tu sekolah untuk orang kaya ker miskin? masuk dalam aliran perdana..? masa tu tak tanya pulak awat tak bagi pada tabika Kemas… masing2 ada peruntukan..jalankan amanah masing2.. cari salah orang pasai apa..

Jangan kata hal pendidikan.. Bila hal ekonomi Salah cina.. Boikot Cina.. walhal Cina tak perlu kempen mcm tu pun, depa maju.. hat Boikot orang..yang dibantu mcm mcm tak maju.. Bila Miskin pun Salah cina.. walhal, segala bantuan, pemimpin selama ni banyak dagihkan kepada Melayu..yg khianat tu UMNO tapi salah Cina..

sampaikan dalam hal agama pun, Ustaz, Mufti nak salahkan agenda Kristianiasi, agenda liberal, agenda Komunis.. Tak pernah salahkan diri sendiri.. cuba sekali sekali salah kan diri sendiri.. 🙂