Najib sindir Khalid, Khalid balas balik

Najib sindir Khalid, Khalid balas balik

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berbalas serangan di laman facebook masing-masing selepas bertemu di Cameron Highland semalam.

Najib terlebih dahulu melakukan serangan terhadap Khalid dengan memuat naik status “oh, sebelah kiri saya ini tauke Harapan Coin. Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudahlah”.

Najib turut memuat naik gambarnya di dalam sebuah masjid di mana individu sebelah kirinnya adalah Khalid Samad dan di fahamkan gambar itu diambil ketika selesai solat Jumaat di sana.

Kemudian, beberapa jam selepas itu, Khalid pula memuatnaik statusnya di facebook yang turut meletakkan gambar yang sama. Statusnya itu sebagai membalas serangan Najib.

“Kenalkan sebelah kanan saya ni tauke 1MDB. Saja nak bagitau, baik jadi tauke Harapan Coin daripada jadi tauke 1MDB yang rembat duit rakyat,” tulis Khalid.

Loading...

Kini, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland semakin rancak parti yang bertanding masing-masing bertungkus lumus menggerakan jentera mereka bagi memenangi hati pengundi. Berbagai-bagai cara berkempen digunakan parti yang bertanding.

PRK diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.