Menteri Kesihatan Malaysia terjah Hospital Selayang

Menteri Kesihatan Malaysia terjah Hospital Selayang

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia mengadakan lawatan mengejut ke Hospital Selayang.Pihak Hospital juga dikejutkan dengan kehadiran YBMK pada jam 11.30 Pagi 16 januari 2019 dan bukan pada Jam 2 Petang seperti yang dijadualkan. Ini memberi ruang kepada YBMK sendiri untuk melihat dan meninjau sendiri kawasan sekitar hopsital termasuk unit kecemasan,wad rawatan harian,klinik-klinik Pakar serta wad dan unit-unit sokongan lain.

Sesi perbincangan tertutup bersama Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Selayang bagi mendengar sendiri pengalaman mereka sewaktu bertugas dan menerima cadangan penambahbaikan serta memberi sokongan moral kepada mereka.Dr Dzulkefly turut mengambil peluang menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan selain mendapatkan input serta maklum balas pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Program turun padang ini kemudiannya diteruskan dengan taklimat dan sesi diskusi bersama pihak pengurusan tertinggi dalam usaha kementerian menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Sesi ini turut disertai oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga negeri Selangor, dan Dato Dr Khalid Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

Sebagai rekod, Hospital Selayang memulakan perkhidmatan sejak 1999 . Syabas diucapkan kepada semua warga Hospital Selayang diatas komitmen dan kerja keras dalam memberi perkhidmatan kesihatan terbaik tanpa mengira penat lelah sepanjang bertugas

Sumber Asal :https://www.facebook.com/Drdzulfanpage/

Loading...