AGI IDUP AGI NGELABAN- MP Hulu Langat

AGI IDUP AGI NGELABAN- MP Hulu Langat

Kami mengucapkan Tahniah kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri Sarawak yang juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPBB) serta seluruh warga Sarawak kerana mempunyai anak muda yang sangat berpotensi tinggi.

Walaupun YB Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen P218 Sibuti dari Parti PBB (GPS) bukan Pakatan Harapan; tetapi beliau pandai menyesuaikan diri bersama kami.

Kami bersama-sama dalam rombongan Parlimen Malaysia, menyelidik Sistem Parlimen di UK.

Sepanjang bersama, kami lebih berbincang untuk membantu memajukan Sarawak dan membinanya kembali.

Azam kami Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berkerjasama dengan GPS demi kepentingan Negara dan khususnya Sarawak tercinta.

Loading...

Kami sempat membelik dokumen asal 2 akta yang diluluskan oleh Parlimen UK tahun 1957 dan 1963 yang berkaitan kemerdekaan Tanah Melayu dan urusan Singapore, Sarawak serta Utara Borneo di Westminster Abbey, House of Parliament di London.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat

Naib Presiden
Parti AMANAH Negara

Berita Asal : https://www.facebook.com/ustazhasanuddin/