Majlis Syura kerajaan negeri Pulau Pinang tampil kepelbagaian kaum

Majlis Syura kerajaan negeri Pulau Pinang tampil kepelbagaian kaum

3 tokoh agama iaitu Dato Hj Shamsuri, Syeikh Husein Yee dan Kamarudin Abdullah antara 3 tokoh yang dilantik menganggotai ahli Majlis Syura kerajaan negeri Pulau Pinang.

Majlis Syura Pulau Pinang ditubuhkan pada 2009. Ahlinya terdiri daripada intelektual, ulama, agamawan, Mufti, Ketua Hakim Syariah, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, tokoh-tokoh politik dan agensi kerajaan.

Ia sebagai wadah perbincangan dan muzakarah dua hala untuk menambah baik pencapaian umat Islam Pulau Pinang.

Majlis penyampaian watikah disempurnakan oleh TYT Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Loading...