Kebajikan Veteren ATM tetap akan dibela oleh Kementerian Pertahanan

Kebajikan Veteren ATM tetap akan dibela oleh Kementerian Pertahanan

Majlis Veteran Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah merangka strategi dan mengkaji kaedah dan cara terbaik untuk memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa diutamakan demi menghargai pengorbanan mereka kepada Negara.

Dalam kenyataan di kementerian itu hari ini menjelaskan,permasalahan Veteran ATM bukanlah isu baharu dan telah dibangkitkansemenjak pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Kerajaan Pakatan Harapan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) masih meneruskan segala kemudahan dan bantuan sedia ada di antaranya Skim Bantuan Sara Hidup, Skim Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Bencana Alam di samping bantuan-bantuan yang lain.

“Kerajaan telah memperuntukkan kepada JHEV ATM sejumlah RM 78,914,400.00 bagi tahun 2018, dan jumlah ini bertambah kepada RM 98,006,000.00 melalui Bajet 2019 yang diumumkan kerajaan pada 2 November 2018.

“Kerajaan juga telah meluluskan bantuan khas RM500,000.00 untuk diagihkan kepada persatuanpersatuan bekas tentera.

Loading...

“Kerajaan juga sedang merancang untuk meningkatkan penglibatan agensi awam dan swasta demi menjaga kebajikan dan menambahbaik taraf sosioekonomi Veteran ATM,” ujarnya kenyataan itu.

Ini susulan dakwaan oleh bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang dipetik berkata, tidak melihat sebarang perancangan diumum Kementerian Pertahanan berhubung kait pembelaan veteran tentera walaupun telah sembilan bulan PH mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan itu juga menjelaskan, kementerian pertahanan telah membuktikan keprihatinan kepada Veteran ATM melalui pengaktifan semula MVK yang telah bersidang buat kali pertama pada 24 Disember 2018 walaupun telah ditubuhkan sejak 2016.

Mohamad ketika menyampaikan ceramahnya dalam kempen calon PH di Cameron Highlands semalam, turut menyangkal dakwaan dibuat Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong itu.

Katanya, isu veteran ini bukan baru. Malah sejak zaman Hishammuddin lagi. MVK yang tubuhkan pada tahun 2012, tidak pernah bermesyuarat langsung. Itu zaman Hishammuddin. Tahun 2018 MVK telah bermesyuarat utk kali pertama dan Kerajaan PH komited untuk terus menjaga kebajikan Veteran Tentera Malaysia.

“Melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran, kita meneruskan bantuan sedia ada dan telah merancang strategi terbaik untuk kesejahteraan veteran.

“Saya boleh menerima kritikan tetapi saya tidak boleh menerima fitnah!” ujar Mohamad yang juga Presiden AMANAH dan Ahli Parlimen Kota Raja.

Berita Asal : https://malaysiadateline.com/kebajikan-veteran-atm-sentiasa-diutamakan-kata-kementerian-pertahanan/