Simbol “Ong” bukan salib – Pemaju

Simbol “Ong” bukan salib – Pemaju

CAHAYA lampu di bangunan apartmen Grace Residence di Bukit Jelutong, Pulau Pinang tidak dibuat untuk menunjukkan lambang salib atau mempunyai unsur keagamaan.

Jurucakap pemaju Nova Mulia Development Sdn Bhd berkata, lampu di bangunan apartmen berkenaan, yang hampir 90% siap, sedang diuji.

“Kemungkinan ketika foto-foto itu diambil, lampu-lampu itu telah menunjukkan salib. Tetapi lampu-lampu itu tidak bermaksud untuk menunjukkan salib.

“Kami ada lampu-lampu di tingkat teratas dan di tingkat parkir kereta juga, tetapi foto-foto itu tidak menunjukkan dua baris tertinggi dan terbawah dinyalakan di kawasan-kawasan umum.

“Jadi, yang ditunjukkan adalah lampu-lampu yang membentuk salib,” dia memberitahu The Malaysian Insight.

Loading...

Jika semua lampu di tingkat teratas dan tingkat parkir kereta dinyalakan, huruf Cina “wang” (王), yang bererti “raja” atau “diraja” akan kelihatan.

Ianya juga adalah nama keluarga Cina yang biasa ditemui, juga disebut sebagai “ong” dalam dialek seperti Hokkien, bahasa yang digunakan secara meluas di Pulau Pinang.

“Itulah yang biasanya akan ditunjukkan oleh lampu-lampu itu pada waktu malam,” katanya.

Huruf Cina “wang”:

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, “Chinese Character For Royal, Not A Cross, Says Developer On Building Lights” yang ditulis oleh Looi Sue-Chern bertarikh 14 Januari 2018)