Penindasan muslim Uighur dapat perhatian Mujahid

Penindasan muslim Uighur dapat perhatian Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mendengar taklimat daripada Mr Omar, Executive Director World Uighur Congress tentang penindasan yang dialami muslim Uighur.

Beliau membangkitkan cadangan agar kerajaan Malaysia mengangkat isu penindasan kaum Han terhadap etnik Uighur ketika ini.

Pada 15 Oktober lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan membebaskan 11 etnik Uighur yang ditahan di negara ini kerana mereka tidak melanggar sebarang undang-undang di Malaysia.

Mereka ditahan dan didakwa memasuki Malaysia secara haram April lalu, selepas lolos dari penjara di Thailand pada November 2017.

Sebelum ini, China didakwa mencabul hak asasi etnik Uighur di Xinjiang, tetapi Beijing menafikannya.

Loading...

Antara dakwaan penindasan ke atas Uighur ialah golongan wanita dipaksa membuka hijab, remaja dilarang memasuki masjid, penjawat awam beragama Islam tidak dibenarkan berpuasa dan generasi muda dilarang mendapat pendidikan agama.

Berikut penerangan mengenai isu etnik Uighur dan China untuk difahami bersama.

Siapa Uighur?

Penduduk Islam berketurunan Turki dengan dianggarkan 11 juta orang berada di bahagian barat China.

Apa yang terjadi di Xinjiang?

Mengikut Pemantau Hak Asasi Manusia, etnik Uighur khususnya dipantau sangat ketat di samping perlu memberikan sampel biometrik dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Mereka ditahan di kem dan diminta belajar bahasa Mandarin serta mencari kesalahan atau meninggalkan agama dianuti.

Apa yang diketahui BBC?

Bekas-bekas banduan kem tahanan itu memberitahu mereka diseksa secara fizikal dan mental malah kesemua ahli keluarga hilang dan dimaklumkan turut diseksa.

BBC melihat bukti yang mana hampir pengawasan penuh dilakukan terhadap etnik Uighur di Xinjiang.

Apa kata China?

China menafikan terdapat kem-kem tahanan sebaliknya penduduk Xinjiang menerima ‘latihan vokasional’.

Seorang pegawai kanan di Xinjiang memberitahu wilayah itu menghadapi ‘tiga kuasa jahat’ ekstremisme, pemisah dan keganasan.