Pemuda PH Melaka seru pengundi dan penyokong balik mengundi PRK CAMERON HIGHLAND

Pemuda PH Melaka seru pengundi dan penyokong balik mengundi PRK CAMERON HIGHLAND

PRK Cameron Highland yang dijadualkan pada 26 Januari nanti bakal menarik perhatian dan tumpuan bagi daripada seluruh rakyat Malaysia. PRK ini berlangsung rentetan daripada pembatalan kemenangan Sivarraajh dari BN (MIC) yang dibatalkan oleh SPR rentetan dari sabitan rasuah pada proses pilihanraya ke 14 yang lalu. Sivarraajh menang di parlimen tersebut dgn mengatasi calon dari PH, Manogaran Marimuthu dengan majoriti sebanyak 597 undi.

Ini jelas menunjukkan bahawa,dengan penyelewangan undi yang berlaku pada PRU yang lepas, PH masih mampu memberi saingan undi. Namun pada PRK kali ini ia pastinya lebih menarik memandangkan PAS dijangka akan membantu kempen BN di PRK kali ini. PAS pada PRU yang lepas mendapat 3,587 undi. Pastinya keputusan PRK kali ini bakal memberikan beberapa petunjuk kepada pihak kerajaan (PH) dan pembangkang (BN-PAS). PRK kali ini bakal memberi penunjuk aras bagi kadar kepuasan rakyat kepada pemerintahan kerajaan di bawah PH. Manakala di pihak pembangkang, mereka bakal mengukur penerimaan rakyat terhadap gabungan antara BN dan PAS, seterusnya mengukur prestasi keseluruhan mereka secara amnya.

Tumpuan bagi PH seharusnya di dun di mana PH mengalami kekalahan daripada kedua-dua calon BN dan PAS pada PRU yang lalu. . Tambahan lagi, dun ini juga merupakan majoriti dari kaum melayu iaitu lebih 60% merupakan melayu dan penduduk asal. Oleh itu kemenangan di dun ini sedikit sebanyak memberi gambaran penerimaan kaum melayu khususnya kepada PH selepas lebih kurang 8 bulan pemerintahan. Ini penting sebagai petunjuk selepas beberapa kali cubaan oleh pihak tertentu dalam memainkan isu-isu perkauman khususnya hal-hal berkaitan kaum melayu dan islam. Justeru itu Pemuda PH Melaka menyeru jentera-jentera pemuda untuk sama-sama menggerakkan kempen PRK kali ini dengan memberi tumpuan khusus kepada dun ini dengan menambahkan usaha menyantuni dan memberikan penerangan kepada pengundi-pengundi di sini. PH juga mendapat undi yang kurang memuaskan di saluran-saluran muda di dun ini. Ini memberikan indikator yang serius di mana pengundi-pengundi muda di sini masih kurang didedahkan dengan isu-isu serta perancangan serta pencapaian PH kerana umumnya pengundi-pengundi muda majoritinya telah menolak BN dan PAS pada PRU yang lalu di parlimen-parlimen atau dun-dun yang lain.

Antara inisiatif-inisiatif terbaik kerajaan seawal 8 bulan ini adalah dengan melancarkan penjimatan kos operasi kerajaan, di mana ia bertujuan mengurangkan beban hutang Negara seterusnya wang itu digunakan bagi menambah baik ekonomi rakyat. Selain itu melaui kementerian kesihatan, kerajaan komited dalam menambah baik sistem pengurusan kesihatan seperti mengurangkan masa menunggu di hospital serta pendekatan pencegahan daripada mengubati. Manakala di bawah kementerian pendidikan, kerajaan juga berusaha untuk menambah baik sistem sedia ada bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia mampu menikmati pendidikan anak-anak yang terbaik. Menyedari kesukaran golongan-golongan yang kurang berkemampuan, inisiatif bantuan sara hidup dan kaedah bayaran bantuan bulanan secara terus kepada penerima juga telah diperkenalkan. Ini bagi memudahkan penerima bantuan, yang pada hari ini tidak perlu lagi menuntut bayaran kepada pusat agihan, malah secara terus dimasukkan ke dlam akaun penerima. Justeru, gerak kerja memberikan penerangan ini sangat diperlukan pada PRK kali ini. Kami juga menyeru pengundi-pengundi serta pendokong perjuangan PH untuk turun mengundi pada hari berkenaan bagi terus menzahirkan sokongan kepada kerajaan PH serta menambah kekuatan PH di dewan rakyat.

Seterusnya Pemuda PH Melaka juga menyambut baik usaha pihak SPR yang akan menyiarkan proses pengiraan undi secara terus di atas talian (Live Online). Dengan ini, diharapkan ia mampu menambah ketelusan dalam proses pilihanraya di samping mendedahkan masyarakat kepada proses pilihanraya di Negara ini.

Loading...

Muhammad Umar Bin Abdul Rashid

Pengarah Pilihanraya Pemuda PH Melaka
Ketua Pemuda AMANAH Alor Gajah