Mampukah PH membangunkan Cameron Highland

Mampukah PH membangunkan Cameron Highland

Pakatan Harapan (PH) berkeupayaan membangunkan Cameron Highlands lebih daripada pusat pelancongan sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen itu pada 26 Jan ini, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami mempunyai kapasiti dan sumber untuk membangunkan kawasan itu berbanding sekarang,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam sidang media selepas menyampaikan  Amanat Tahun Baharu 2019 kementeriannya di sini hari ini.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60; yang mewakili PH, bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61; daripada Barisan Nasional (BN) dan bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61; serta petani Wong Seng Yee, 40; yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Muhyiddin berkata beliau tahu masalah dan isu penduduk Cameron Highlands yang dihadapi mereka dan yakin PH mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang lebih baik berbanding BN.

Loading...

“Saya percaya jentera parti sedang turun ke padang dan memperjelaskan pelbagai perkara bukan hanya melibatkan isu di kawasan itu malah turut mengenai isu pekerjaan dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang perlu diselesaikan,” katanya.

Mengenai dakwaan Senator Bob Manolan Mohamad mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan kepada Tok Batin baru-baru ini, Muhyiddin berkata terserah kepada pengundi termasuk Orang Asli untuk menilai kenyataan tersebut.

Katanya Bob Manolan telah memberikan penjelasan sewajarnya berhubung kenyataannya dan masing-masing berhak menilai tindakan itu.

Diminta mengulas gambar seorang wanita memakai baju PH mengagihkan wang sewaktu berkempen, Muhyiddin enggan memberikan komen berhubung perkara i