Adun Semenyih meninggal dunia

Adun Semenyih meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi ini di Hospital Kajang, dipercayai akibat serangan jantung.

Beliau berusia 57 tahun.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

Loading...

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Bakhtiar menang kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM).