Keputusan “Urine Test” anak Menteri lambat, ini penjelasan peguam

Keputusan “Urine Test” anak Menteri lambat, ini penjelasan peguam

Saya membaca komen netizen berkenaan prosedur pengesahan ujian saringan urin untuk kes melibatkan salahlaku dadah seorang anak menteri baru ini.

Saya coretkan di sini beberapa catatan mengenai prosedur dan pemakaian perundangan mengenai ujian saringan awal urin ini.

Prosedur pengambilan sample urin ini berlaku seperti berikut :

Orang Yang Disyaki (OYDS) akan menjalani ujian air kencing (urin)

3 atau 4 botol kosong akan diberikan untuk dipilh untuk mengisi urin dan OYDS memilih salah satu botol tersebut.

Loading...

Anggota polis akan mengiringi OYDS ke tandas untuk mendapatkan air kencing.

OYDS menggunakan botol yang dipilihnya untuk mengisikan air kencingnya.

OYDS kemudian telah diiringi semula masuk dan meletakkan botol urin tersebut di atas meja.

OYDS membuka tutup botol urin tersebut. Pegawai polis bertugas membuat ujian ke atas air kencing di dalam botol tersebut dengan menggunakan kertas pencelup. Hasil ujian mendapati air kencing positif dadah Methamphetamin sebagai contoh.

Pegawai polis bertugas menutup semula botol urin serta meletakkan materai (seal) keselamatan.

Pegawai polis bertugas juga meletakkan label nama OYDS pada botol tersebut. OYDS menurunkan tandatangan pada label di botol urin dan ke atas borang saringan awal.

Botol urin berseal dan berlabel nama ODYS diserahkan pegawai polis bertugas kepada pegawai penyiasat.

Borang serah terima ditandatangani oleh kemudian disimpan botol urin tersebut di dalam kabinet yang berkunci.

Jurugambar akan mengambil gambar botol urin tersebut.

Botol urin yang disimpan tidak boleh melebihi 4 hari dan perlu diserahkan kepada ahli kimia untuk analisa dan pengesahan.

Setelah analisis dijalankan, air kencing tersebut disahkan mengandungi Methamphetamine sebagai contohnya, kebiasannya proses ini akan mengambil masa 1-2 bulan bergantung kepada susunan giliran sample dihantar ke Jabatan Kimia.

Kemudiannya barulah OYDS boleh dituduh di Mahkamah dengan pertuduhan seperti berikut:

“Bahawa kamu pada……………., jam lebih kurang 1.00 pagi di……………., di dalam Daerah……………, di dalam Wilayah Persekutuan, telah didapati mentadbir diri dengan memasukkan dadah dalam badan jenis ‘Methamphetamine’ oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seskyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman: Penjara tidak lebih daripada dua tahun atau boleh didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit.”

Prosedur atau Tatacara ini selari dengan peruntukan di bawah Drug Dependents (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 dan IGSO F10

TATACARA MENGAMBIL CONTOH AIR KENCING

Tatacara pengambilan contoh air kencing dari yang disyaki adalah seperti berikut:

Contoh Air Kencing Diambil Segera Selepas Tangkapan Contoh air kencing dari penagih-penagih yang disyaki hendaklah diambil seberapa segera sebaik sahaja selepas tangkapan bagi menentukan keberkesanan ujian.

Pemilihan 2 Buah Botol Oleh Yang Disyaki

Yang disyaki hendaklah diberi sebanyak dua buah botol plastik kosong yang dikhaskan serta baru dan belum pernah digunakan lengkap dengan penutupnya.

Ia berkenaan hendaklah diberi peluang memilih sendiri botol-botol plastik tersebut daripada kotak simpanannya serta ia berpuas hati dengan botol-botol tersebut berkeadaan bersih dan boleh digunakan. Sebuah botol air kencing adalah untuk tujuan ujian awal di peringkat polis jika perlu dan sebuah lagi untuk dihantar ke hospital bagi penganalisaan…

Prosedur ini juga merujuk kepada kes Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v Public Prosecutor [2017] 3 MLJ 460, dimana Mahkamah Rayuan memutuskan prosedur ini digunapakai sebagai panduan melibatkan kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

‘The structure and formulation of the guidelines were framed in correlation with the DDA 1952 and also the Drug Dependents (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 and its Rules and Regulation. Since the guidelines were formulated in line with both the aforesaid Acts, it therefore has the force of law. His Lordship Dato’ Zamani A Rahim JCA (delivering Judgement of the Court) stated as follows:

[40] the KKM Guidelines Bilangan 6/2002 under the caption ‘Urine Collection’ has made reference to the Dangerous Drugs Act 1952. The scheme of the KKM Guidelines Bilangan 6/2002 was formulated in collaboration with the Dangerous Drugs Act 1952 and also the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983.

42. His Lordship then went on to stress:

Thus, s 31 of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 must be read conjointly with ss 38A and 38B of the Dangerous Drugs Act. Therefore, the KKM Guidelines Bilangan 6/2002 which is formulated in the line with both of the aforesaid Acts and therefore it has the force of law.

44. Finally the Court of Appeal held that failure to follow the guidelines and IGSO F103 had deprived the appellant of the procedural law and he did not have a fair trial. His rights under arts. 5(1) and 8(1) of the Federal Constitution were as a result violated.

Semoga penjelasan ini dapat memberikan maklumat kepada netizen bahawa pendakwaan ke atas kes anak menteri dan lain-lain harus mengikuti proses perundangan sedia ada dan prosedur berkaitan, bukan dengan mudah membuat andaian kenapa tidak didakwa segera dan membuat andaian mengambil masa lama untuk didakwa.

Mohd. Fikri Abd. Rahman

Peguambela & Peguamcara