Institusi Pondok dapat peruntukan RM25 juta

Institusi Pondok dapat peruntukan RM25 juta

Kementerian Kewangan hari ini menyerahkan peruntukan RM 25 juta kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Peruntukan terbabit adalah seperti mana yang telah dibentangkan dalam belanjawan negara yang lepas. Ia adalah peruntukan kepada Institusi pondok yang berdaftar.

 

Menterinya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof sewaktu menerima cek peruntukan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana cakna terhadap institusi pendidikan agama dalam negara.

 

Menteri kewangan dalam ucapan ringkasnya menyerahkan seratus peratus urusan agihan peruntukan tersebut kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan kementerian kewangan tidak akan campur tangan dalam pengagihan terbabit kerana maklum bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) lebih maklum kemana peruntukan itu perlu disalurkan.

Loading...