Aktivis PAS Sarawak ditangkap positif dadah

Aktivis PAS Sarawak ditangkap positif dadah

Seorang ahli PAS Sarawak, yang telah ditangkap kerana didakwa mengkritik empat anggota parlimen dalam Facebook, didapati positif dadah. Suspek yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Kawasan Sibu dan bekas Ketua Jabatan AMAL Sibu telah ditahan reman.

Ketua polis daerah Sibu, Stanley Jonathan Ringgit berkata, bahawa ujian air kencing dijalankan pada suspek berusia 40 tahun adalah positif  methamphetamine (syabu).

Beliau berkata lelaki itu, yang juga pengurus tahfiz (sekolah agama), telah ditahan reman.

Khamis lepas (3 Jan), ACP Stanley berkata suspek ditahan selepas laporan dibuat oleh pembantu ahli parlimen Lanang  Alice Lau.

Beliau berkata kira-kira pukul 4.50 petang pada hari Rabu (2 Jan), pembantu ahli parlimen terbabit yang berusia 29 tahun itu sedang melayari laman Facebooknya ketika dia terjumpa kenyataan yang disiarkan di halaman FB suspek.

Loading...

 

 

Lelaki itu ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.