2019 fokus bantu kurangkan beban rakyat, tegas Presiden Amanah

2019 fokus bantu kurangkan beban rakyat, tegas Presiden Amanah

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadikan tahun 2019 permulaan untuk melaksanakan program-program pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto PH, kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata pembaharuan yang sedang dan yang akan dilaksanakan itu bertujuan membawa kemajuan dan memulihkan ekonomi negara.

“Kami akan membantu rakyat terutama golongan B40, menangani kos kenaikan harga barang, sara hidup dan meningkatkan pendapatan negara bagi meringankan beban rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Santai bersama Presiden Amanah di Kuala Perlis, semalam.

Loading...