Kementerian Kesihatan nafi caj pemeriksaan kesihatan pelajar RM 100

Kementerian Kesihatan nafi caj pemeriksaan kesihatan pelajar RM 100

Tular di media sosial kes kos pemeriksaan kesihatan pelajar yang ingin masuk ke asrama penuh dikenakan caj RM 100 di hospital kerajaan. Kementerian kesihatan tampil membuat penafian. Ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’Seri Dr.Chen Chaw Min dalam satu kenyataan memaklumkan :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius tentang isu yang tular mengenai caj pemeriksaan kesihatan pelajar bagi memasuki sekolah selain daripada Sekolah Berasrama Penuh dan memaklumkan isu tersebut adalah tidak benar.

Pada masa ini, KKM memberi pengecualian kepada calon yang akan memasuki Sekolah Asrama Penuh Kerajaan dengan bayaran pemeriksaan kesihatan sebanyak RM1.00. Sekolah Asrama Penuh Kerajaan tersebut adalah merangkumi sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan atau mana-mana sekolah di bawah Jabatan Kerajaan yang lain termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera DiRaja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.

Bagi pelajar Sekolah Swasta, caj pemeriksaan kesihatan akan dikenakan sepertimana orang awam iaitu sebanyak RM100.00 yang merangkumi pakej asas iaitu pemeriksaan fizikal,   dan urine FEME selaras dengan Perintah Fi x-ray (Perubatan)1982.

Loading...