Kata dah menang saman, buat apa pungut derma lagi?

Kata dah menang saman, buat apa pungut derma lagi?

Ahli Parlimen Sepang yang juga Timbalan Menteri di JPM, YB Hanipa Maidin secara sinis menegur PAS apabila terus memungut derma bagi kes saman di London sedangkan sebelum PRU yang lepas telah mewar-warkan PAS telah menang kes saman tersebut. Beliau menulis demikian dalam posting FB beliau sambil memuat naik keratan berita sebelum PRU yang mengatakan PAS telah menang dalam kes tersebut sebelum ini.

Hanipa juga mempertikaikan, jika benarlah parti itu telah menang kes tersebut jumlah saman yang mereka perolehi jauh dari cukup untuk membayar kos guaman. Jumlah saman yang PAS bakal terima dari kes tersebut bagi beliau bukan sekadar cukup menampung kos kes bahkan PAS mampu memberi derma dan bukan meminta derma.

Kes saman antara Presiden PAS dengan editor Sarawak Report hakikatnya masih berjalan dan akan disambung perbicaraan kes pada April ini.

 

Loading...