35 insentif kerajaan PH kepada rakyat

35 insentif kerajaan PH kepada rakyat

Lapan bulan Pakatan Harapan menerajui negara, kerajaan baharu ini mula memberikan insentif-insentif kepada rakyat melalui pelbagai saluran. Dihimpit dengan kekangan hutang dan pelbagia skandal yang perlu dibersihkan, kerajaan PH ternyata tetap prihatin dan ambil peduli keperluan rakyat. Sebahagian insentif ini berjaya direalisasikan hasil penjimatan yang dilakukan kerajaan PH. Berikut 35 insentif kerajaan PH yang rakyat perlu ketahui.

  1. Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga Miskin & Miskin Tegar berdaftar & disahkan dalam Sistem e-Kasih.
  2. Harga Runcit Bahan Bakar lebih rendah bermula Januari 2019.
  3. Peruntukan Khas (RM77 juta) Kementerian Kewangan kepada Peneroka FELDA bagi tahun 2018.
  4. Geran Sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
  5. Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.
  6. Penetapan semula harga Minimum Getah Sekerap pada kadar RM2.50/kg berbanding sebelumnya RM2.20/kg bermula tahun depan (naik 30 sen/kg)
  7. Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar 2 kali pada Disember 2018 & Januari 2019) pada Pekebun Kecil RISDA.
  8. Bayaran Bantuan Sara Hidup dan lebih bersasar kepada kumpulan B40 dipercepatkan ke Januari, 2019
  9. Sebanyak RM98 juta daripada keseluruhan cadangan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan akan disalurkan untuk kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia. – Penambahan RM20 juta dari tahun sebelumnya.
  10. Bantuan kewangan kepada persatuan bekas tentera sebanyak RM500,000 yang akan diagihkan kepada 140 persatuan bekas tentera.
  11. Menandatangani MoU dengan persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia yang melibatkan 28 syarikat dan 13 persatuan Industri dengan 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada veteran tentera.
  12. Membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019 yang melibatkan implikasi kewangan yang dianggarkan sebanyak RM700 juta
  13. Memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019
  14. Menaikkan taraf dan menyelenggara semua sekolah dengan peruntukan RM652 juta berbanding RM615 juta tahun 2018.
  15. Menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara.
  16. Memperuntukkan RM206 juta untuk membangun dan menyediakan program latihan di politeknik dan kolej komuniti.
  17. Memperkasa aktiviti penyelidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan RM400 juta.
  18. Pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran dengan peruntukan RM3.8 bilion di mana RM2 bilion diperuntukan khusus kepada pelajar Bumiputera tajaan MARA.
  19. Kerajaan memperuntukkan RM17.5 juta kepada Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) untuk mengeluarkan 600 akauntan Bumiputera yang diiktiraf dalam jangka masa 5 tahun.
  20. Pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.
  21. Memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas.
  22. RM150 juta disediakan bagi melaksanakan program termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan braille.
  23. Kerajaan memberi Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dengan peruntukan RM30 juta. Tambahan, Khazanah akan menyediakan peruntukan RM100 juta untuk FIMI yang khusus bagi penerbitan filem di studio Pinewood di Iskandar Johor.
  24. Dana pembiayaan PKS oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60% jaminan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) termasuk RM1 bilion untuk PKS Bumiputera
  25. Peruntukkan RM10 juta disediakan untuk menambah 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan Kerajaan ke arah meringankan bebanan kerja ibu yang bekerja.
  26. Bagi penempatan FELDA, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM100 juta bagi menaiktaraf jalan, RM160 juta bagi projek sistem bekalan air, RM35 juta bagi projek membina dan naiktaraf bangunan serta projek pemasangan lampu jalan.
  27. RM30 juta bagi membantu semua pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
  28. Bayaran khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam GRED 54 ke bawah, manakala pesara kerajaan turut menerima bantuan khas sebanyak RM 250.
  29. Pas bulanan perjalanan tanpa had RM100 (rel dan bas RapidKL) dan RM50 (bas RapidKL) akan diperkenalkan dan bakal dikembangkan meliputi perkhidmatan bas-bas lain.
  30. Gaji minimum kepada RM1100 di seluruh Malaysia bermula 1 januari 2019
  31. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kos keseluruhan projek LRT3 daripada RM 31.6 Billion kepada hanya RM 16.6 Billion.
  32. Projek MRT2 yang diuruskan oleh MRT Corp pula, Kerajaan telah berjaya menurunkan kos kontrak pembinaan sebanyak RM 8.8 Billion daripada RM39.3 Billion kepada RM30.5 Billion, iaitu penjimatan sebanyak 22.4%.
  33. Bagi memastikan bekas banduan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, potongan cukai tambahan diberi kepada syarikat yang menggaji pekerja dalam kategori ini.
  34. Kerajaan melalui usahasama dengan syarikat insurans swasta, akan memperkenalkan Dana Perlindunga Kesihatan Nasional B40.
  35. Bayaran royalti petroleum dan gas mula dibayar terus kepada Kerajaan Terengganu. Kelantan pula menunggu pengesahan penarikan balik semula saman royalti oleh Kerajaan Kelantan.