Hampir sejam Anwar bertemu Tun M

Hampir sejam Anwar bertemu Tun M

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di pejabat Tun M. Anwar menggesa semua pihak dalam PH agar memberi ruang dan dukungan penuh kepada Tun M mentadbir negara dalam jangka waktu yang dipersetujui dalam Pakatan Harapan

Datuk Seri Anwar juga berkesempatan melaporkan hasil pertemuan dengan Presiden Duterte minggu lalu dan memohon panduan daripada Tun M untuk pertemuan beliau dengan Perdana Menteri India minggu hadapan.

Datuk Seri Anwar juga berkongsi persamaan strategi antara beliau dan Tun berhubung Singapura dan fokus kepada ekonomi, terutamanya isu kemiskinan dan kesenjangan.

Loading...