Kos urusan tanah di Kelantan naik berganda !

Kos urusan tanah di Kelantan naik berganda !

Kos urusan berkaitan hartanah di Kelantan naik berkali ganda. Menurut surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Kelantan bertarikh 30 Disember 2018 memaklumkan Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menguatkuasakan harga baharu bagi urusan di Pejabat Tanah bermula 1 Januari 2019.

Antara kenaikan yang dikenal pasti adalah :

  • Carian rasmi RM 80 naik kepada RM 120
  • Perletak-hakkan untuk lepas gadai loan rumah (borang 30A) daripada RM 370 naik kepada RM 2000
  • Daftar PA daripada RM 200 naik kepada RM 500
  • Carian persendirian daripada RM 30 kepada RM 40
  • Lepas gadai daripada RM 80 kepada RM 120
  • Salinan geran daripada RM 60 kepada RM 80
  • Caj utk salinan urusan hartanah daripada RM 40 setiap mukasurat kepada RM 60
  • Daftar surat sumpah atau dokumen lain daripada RM 40 kepada RM 80
  • Daftar kelulusan exco untuk pindahmilik daripada RM 180 kpd RM 250

Ini merupakan caj hartanah tertinggi di Malaysia!

Kerajaan PAS Kelantan juga dituntut menunaikan janji-janji manifesto PRU baru ni yang satu pun belum ditunaikan.

Loading...