11 insentif kerajaan PH kepada rakyat

11 insentif kerajaan PH kepada rakyat

Fasa awal mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional, tumpuan kerajaan lebih kepada mengenalpasti kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Tujuannya agar segala kerosakan ini dapat dibetulkan. Walaupun dalam proses ini kerajaan PH dikatakan lembap dan pelbagai lagi mainan persepsi dari pembangkang, namun kerajaan baru ini tidak melupakan inisiatif untuk memberikan insentif-insentif kepada rakyat.

Insentif-insentif dari Kerajaan PAKATAN HARAPAN kepada Rakyat Malaysia;

  1. Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga Miskin & Miskin Tegar berdaftar & disahkan dalam Sistem e-Kasih.Harga Runcit Bahan Bakar lebih rendah bermula 1 Januari 2019.
  2. Peruntukan Khas (RM77 juta) Kementerian Kewangan kepada Peneroka FELDA bagi tahun 2018.
  3. Geran Sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).
  4. Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.
  5. Penetapan semula harga Minimum Getah Sekerap pada kadar RM2.50/kg berbanding sebelumnya RM2.20/kg bermula tahun depan (naik 30 sen/kg)
  6. Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar 2 kali pada Disember 2018 & Januari 2019) pada Pekebun Kecil RISDA.
  7. Bayaran Bantuan Sara Hidup dipercepatkan ke Januari, 2019
  8. Bayaran royalti petroleum & gas mula dibayar terus kpd Kerajaan Terengganu. Kelantan pula menunggu pengesahan penarikan balik semula saman royalti oleh Kerajaan Kelantan
  9. TOL bagi motosikal dimansuhkan di Jambatan Pulau Pinang mulai Jan 2019.
  10. Skim Subsidi Harga Padi (SSPH) dinaikkan kepada RM360 bagi satu tan berbanding RM300 sebelum ini.

Insyaallah semakin banyak perkongsian nikmat negara akan diumum dan dikongsi bersama-sama.

Loading...