200 penduduk terima sumbangan Tahun Baru Cina ahli parlimen Parit Buntar

200 penduduk terima sumbangan Tahun Baru Cina ahli parlimen Parit Buntar

Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa menyampaikan sumbangan kepada 200 penduduk Tionghua mengikut SOP dan diadakan tanpa melibatkan penerima.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, sumbangan disampaikan kepada mereka yang memerlukan melibatkan warga emas, ibu tunggal dan pesakit orang kelainan upaya (OKU)

“ Setiap tahun kami mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina melibatkan penerima , namun tahun ini sumbangan disampaikan kepada wakil kaum Tionghua di komuniti masing-masing

“ Wakil kami akan menyampaikan sumbangan ini kepada semua penerima di empat kawasan komuniti masyarakat Cina di Pekan Parit Buntar, Kuala Bagan Tiang, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang” katanya

Menurutnya, setiap penerima mendapat angpau yang diharap membolehkan golongan tersebut menyambut perayaan tersebut tidak lama lagi dengan lebih ceria.

“Sumbangan ini bertepatan dengan konsep peduli rakyat Kerajaan PH yang mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum

“Walaupun sudah tidak menjadi kerajaan , Ahli Parlimen Parit Buntar tetap mencari dana untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan sempena perayaan Tahun Baru Cina” katanya

Beliau berkata demikian semasa mengunjungi rumah Wakil kaum Tionghua Tanjung Piandang, Teoh Bak Chua untuk menyerahkan sumbangan kepada penduduk Tionghua di Tanjung Piandang

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berharap kaum Tionghua dalam parlimen Parit Buntar menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan meriah dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Masyarakat di negara ini memahami dan bertoleransi antara semua kaum. Setiap kaum berhak merayakan hari-hari kebesaran kaum dan bangsa mereka,

“ Sumbangan diberikan bagi membolehkan mereka membuat persediaan untuk menyambut perayaan tersebut dengan meriah” katanya

Menurutnya, Tahun Baru Cina ini perlu dijadikan juga usaha pengukuhan bersama masyarakat di samping menunjukkan semangat muhibah dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain demi pembinaan sebuah masyarakat penyayang.