“2 tahun suami ada perempuan lain, dia tak bagi nafkah, tak ada pula aku cari laki lain…”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Zaman sekarang ni ramai menganggap curang bukanlah satu masalah atas alasan lelaki boleh kahwin empat.

Namun jika benar ingin berpoligami maka mengapa perlu merahsiakan status diri, mengapa perlu bercinta di belakang isteri yang sah.

Seorang wanita terkedu apabila suami memberi alasan ingingkan perhatian selepas kantoi dua tahun menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.

Aku dan suami sudah berkawan selama lima dan berkahwin juga sudah lima tahun, baru-baru ni dia kantoi ada hubungan dengan perempuan lain selama dua tahun.

Aku ingat dia rasa dia bertuah dapat aku, aku ingat dia sayangkan aku macam mana aku sayangkan dia, rupanya tak cukup aku dan anak-anak.

"2 tahun suami ada perempuan lain, dia tak bagi nafkah, tak ada pula aku cari laki lain…”

Suami bagi alasan dia cari perempuan lain hanya sekadar suka-suka dan perlukan perhatian sedangkan aku ni menanti dia di rumah.

Mesej aku jarang sekali sebab alasan dia dekat rumah dah jumpa dan bersembang jadi alasan tak cukup perhatian tu tak munasabah ya.

Aku ni tak ada kawan, suami tu adalah sahabat, tempat meluah segala perasaan aku tapi bagi dia aku ni bukan siapa-siapa.

Lepas bersalin dia ucap terima kasih sebab lahirkan anak dia. Sakit dicurangi tu lebih sakit daripada aku melahirkan.

Bila aku fikirkan balik segalanya penuh kepalsuan dan lakonan semata untuk dia tutup penipuan yang dia lakukan.

Aku rasa sia-sia sangta penggorbanan aku selama ni. Dia susah tak mampu bagi nafkah sekalipun, tak ada pula aku menggatal cari lelaki lain.

Aku bertahan sebab anak masih kecil sahaja ni, aku sayang suami tapi aku tak mengharap apa-apa dah dekat dia.

Masa dia tinggalkan perempuan tu dia siap cakap inshaAllah jodoh ada, ada lah macam masih berharap kan. Tak apa, aku reda, cukup anak membesar dengan kasih sayang aku.

Suami tak habis ulang konon dia sayang aku, kalau betul sayang kenapa ada ruang kosong diisi perempuan lain.

Baca juga : Pressure cooker diterima 2 tahun selepas dihantar pada 2022