Terima kasih kerana menyiarkan penulisan saya ini. Saya terpanggil untuk menulis atas tulisan cik Rohana (Patut Ke Dia Jadi Suami Aku?).
Saya pernah lalui macam yang cik lalui, cuma kisah saya sedikit berbeza dengan cik. Saya sama macam cik tak pernah bercinta.
Minat dalam diam tu Pernah. Biasalahkan reaksi h0rmon, tapi untuk ada kekasih tu amatlah sukar buat saya kerana saya seorang yang sangat berpendirian.
Saya pegang selagi saya tak sedia tak habis belajar tak capai cita cita selagi itulah saya tidak akan serahkan cinta ini untuk sebarangan lelaki.
Dari kecil saya sangat menjaga hubungan dengan Allah, solat terjaga, akhlak terjaga dan Quran sentiasa baca atas harapan supaya jodoh saya juga akan menjadi orang yang soleh juga. Hari hari doa dan solat hajat supaya saya dihadiahkan dengan suami yang soleh, jaga solat, baik dan Allah redhai.
Sampai satu hari, semasa saya melanjutkan pengajian serjana ada seorang lelaki ni saya namakan Amar (bukan nama sebenar) merupakan kenalan semasa ijazah dulu tiba tiba tanya khabar saya, lalu dia bertanya adakah saya masih belum berpunya?
Bila saya mengatakan belum lalu dia melamar saya untuk menjadi isterinya.
Saya ingat ini adalah prank lalu tanpa fikir panjang saya hanya bagi tahu, kalau ayah setuju maka saya pun setuju dan beri nombor telifon ayah saya cuma anggap dia takkan berani mungkin Amar ni main main ja.
Tapi sangkaan saya meleset, dia betul jumpa ibu bapa saya minta izin untuk kenal dengan saya untuk tujuan berkahwin. Ibu bapa saya amat suka dengan Amar dan galakkan saya untuk berkawan dengan Amar ni..
Apalah istimewanya Amar ni sampai ibu bapa saya suka sangat dengan dia, biasanya mereka akan menolak mentah mentah lelaki yang cuba melamar saya.
Beberapa minggu berlalu. Kemudian dia kenalkan saya dengan keluarganya dengan ajak bertemu di sebuah restoran..
Dia dari keluarga yang baik baik, adik beradik nya hafiz hafizah. Dia pun sebenarnya hafal banyak ayat Alquran yang saya sendiri tidak hafal. Melihat keluarganya saya yakin yang doa saya untuk berkahwin dengan lelaki soleh di makbulkan..
Kami kemudiannya bertunang selama dua tahun. Pertunangan kami lama kerana ibu bapa saya kenakan syarat jika mahu kahwin habiskan dulu pelajaran. Sepanjang pertunangan boleh kira berapa kali kami bertemu, kalau jumpa pun memang ditemani ahli keluarga.
Kami sangat menjaga ikhtilat. Berhubung dalam phone pun strict hanya 10 minit sahaja. Itupun seminggu sekali untuk urusan perkahwinan. Walaupun begitu perasaan kami tidak pudar, akhirnya kami diijab kabulkan.
Enam bulan perkahwinan kami amat manis, dan indah. Amar sangat romantik, menjaga solat, baik, bertanggung jawab, kira perfect ten la. Sehinggalah saya guna komputernya. Tak tahu macam mana pada hari tersebut saya rajin nak explore folder folder dalam komputernya.
Sampailah terjumpa satu file ada gambar dia dengan perempuan lain, bermesra melampaui batas. Alangkah terkejutnya saya sebagai isteri tengok semua video tersebut, dia dan wanita yang sama.
Saya rasa langit nk runtuh, hidup saya gelap perasaan rasa nak lari je dari dia rasa macam nak terus hilang tanpa berita. Saya ambil masa bertenang dengan keluar rumah selama beberapa jam. Dan pulang ke rumah menangis lagi tanpa henti.
Sehingga Amar pulang dari tempat kerja. Bermula lah drama air mata kami, saya suruh dia terus terang berkaitan sisi gelapnya, Amar menangis mengaku itu salahnya dan merayu agar saya tidak tinggalkan dia.
Rupanya wanita itu merupakan perempuan simpanannya semasa bertunang dengan saya. Saya tanya, ada lagi ke dengan perempuan lain? Nasib hanya dia seorang. Tetapi mereka telah berziina berkali kali, bukan sekali ya..
Lepas tu saya tanya kenapa tak kahwin dengan dia kenapa kahwin dengan saya? Amar kata dia cinta saya, perempuan tu merasa ja. Lagilah saya rasa hancur hati saya. Dia rayu, peluk minta maaf supaya saya tidak tinggalkan dia. Saya hanya senyap sehingga tertidur.
Esoknya saya whatsapp ibu Amar beritahu saya ditipu keluarga mereka kata Amar baik tapi rupanya penziina, ibunya segera bertemu dengan saya untuk mendapatkan penjelasan. Lalu ibunya serang Amar, sejak dari itu Amar dibuang keluarga.
Saya hanya pendam perasaan sehingga sakit dan masuk hospital berkali kali kerana tekanan drah rendah melampau. Terlalu stress untuk bertindak.
Berita ini hanya berkisar antara saya dan ibunya sahaja. Keluarga saya tidak tahu. Saya rahsiakan kerana ayah saya ada sakit jantung khawatir dia meninggal dunia terkejut.
Setelah beberapa bulan, akhirnya saya kena ambil keputusan to stay or to leave. Lalu saya menimbang tara dan buat satu senarai baik buruk jika teruskan perkahwinan ini atau bercerrai.
Setelah di timbang kira, banyak buruk dari baik jika saya memilih pencerraian. Masa tu saya teringat satu ayat Quran ni, jika kamu selamatkan satu manusia seolah olah menyelamatkan seluruh manusia.
Jika saya memilih pencerraian maka Amar akan terus berziina, maka makin jauh rahmat Allah darinya. Saya memilih untuk memafkan tetapi tidak melupakan. Saya memilih untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sungguh sungguh.
Setiap kali Amar keluar outstation pasti saya ikut untuk pastikan dia memang keluar bekerja bukan ada skandal baru.
Selepas peristiwa ini, hubungan kami makin akrab dan lebih transparent. Kami lebih kenal each other dan lebih sungguh sungguh baiki hubungan dengan Allah. Amar sangat romantis dan menjaga perasaan saya. Tidak pernah angkat tangan atau tinggi suara.
Kami lebih menghargai satu sama lain dan bantu untuk padam d0sa silam dengan amal jariah dan join banyak volunteerism dan lebih sungguh-sungguh dengan aktiviti jemaah di masjid. Harap hubungan mesra ini kekal sehingga hujung nyawa.
Jadi pengajaran dari pengalaman saya ini,
Pilihlah keputusan hidup “at the Greater good” Jangan kalah dengan perasaan. Bila marah ambil masa untuk tulis mana baik mana buruk asal tidak telepas cakap
Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..
Akhir kata ;
“Neraka itu penuh dengan pend0sa yang sombong, tetapi syurga itu penuh dengan pend0sa yang bertaubat”
Jangan nilai orang sebarangan kerana kita tak tahu siapa masuk syurga dulu.
Sekian,
Reaksi warganet
Krol Shaffi –
Dulu cikgu saya kata “Wanita baik untuk laki baik dan sebaliknya”. Ada murid tanya kalau wanita baik dapat laki jahat dan sebaliknya macamana cikgu? Itu ujian Allah untuk mereka. Dunia tempat ujian sebelum ke syurga dan neraka. Kata cikgu tersebut!
Zee Ekyn –
Teringat cerita Rashid Sibir suatu ketika dahulu. Aqasha jadi bapak ayam. Melacurkan perempuan. Bile dah tua dia jadi imam.. Sekali nak kawenkan anak dengan perempuan yang dia pernah lacurkan dulu. End up satu kg tau kisah silam dia. Fuh. Macam drama
Nurul Sakinah Rosli –
“Wanita baik untuk lelaki baik tak semestinya kena sebelum berkahwin, ia mungkin untuk selepas khawin. Binalah sungguh sungguh peribadi diri untuk jadi yang Allah redha sepanjang hayat..”
Suka dengan confessor ni sebab ayat dia pun tak tunjuk yang dia ni bebas dosa. Dan bagi saya Definisi “Yang baik untuk yang baik” yang confessor guna ni definisi yang betul.. May Allah bless u confessor for being such a strong woman.
Ain Mardhiah –
Saya rase die atas individu tu sendiri, andai berlaku dekat saya, memang saya akan harap bercerrai. Ketahanan seseorang berbeza, jadi ikut masing2 punya keadaan.
Ada orang kalau stay, lambat laun tekanan tu akan membina Narcissistic Personality, (die daripada terlalu stress, kepada “akulah yg mampu untuk hadapi ni, means im better than anyone cause i can go through this but not others”).
Situasi macam ni akan berlaku dekat diri saya if im in your situation (and i was), so for me, i better go. I know my limits.
Berlakon baik depan kita, kemudian berziina time bertunang tu memang ciri ciri munafik kalau bagi pandangan saya. Berziina sebab nak merasa?? Kemudian pilih isteri yang suci. Dasar jantan.
HLimah Halim –
Bila baca kisah ni, dah dapat agak kesudahannya. Patut la orang suruh membaca banyak, kaji dan teliti. Pentas dunia ni dah dihuni pelbagai manusia dan kisahnya sama tapi terjadi pada waktu berbeza.
Terserah pada manusia menyerah pada takdir atau bertindak bijak.
6 bulan boleh la ikut kesana kemari. Esok bila dah bunting dan ada anak berderet lelaki tu boleh buat episod baru. Dah biasa.
Kalau dia baik. Dia tak simpan video tu. Dia tak nak ingat dan jejak kisah lalu tapi dia simpan. Dia akan simpan banyak lagi album begitu sebab dia lelaki. U adala ujian pertama dia. Berjaya.
Pompuan yang ditinggalkn tu sure dia dipermainkn dengan kata2,”I dipaksa kawin, bila ada masa I akan cari u”.
Apapun dunia ni sementara. Nak senang atau susah pilihan sendiri. Syurga juga pilihan sebab tu kena berusaha sungguh sungguh. Senang ke nak beribadat kalau dalam otak serabut dengan perangai lelaki.
It is your choice. You have made the decicion. Enjoy!
Nur Reen –
Dari pengalaman saya la, sedara ada yang kahwin lari, bila anak dah besar, anak dia pun kahwin lari. Ada lagi sedara yang isteri dia mengandung anak luar nikah, bila anak luar nikah dia dah besar pun buat perkara sama. Sebijik semua macam mana mak ayah diorang buat dulu.
Yang jadi sedihnya pasangan yang tak buat maksiat tu pun kena hadap sekali ujian yjian macam ni.
Allahu. Kita mungkin tak berapa kisah sekarang ni, tapi bila anak anak dah besar buat perangai sama macam kita atau pasangan kita pernah buat dulu, hancurnya hati dan malu nak tanggung masa tu lagi sukar nak hadap.
So confessor fikir fikri la ye. Manusia yang banyak buat maksiat dan dosa besar ni hatinya gelap, sukar nak berubah atau bila dah berubah pun sukar nak istiqomah, sebabtu banyak yang munafiq sekarang ni, depan depan baik, belakang jadi setan. Moga confessor kuat
Sumber – Mawar