2 tahun aku kahwin dengan isteri pilihan ibu dan adik beradik aku, baru nampak belangnya

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Assalammualaikum.. Nak luah atas pengalaman aku sendiri. 4 tahun lepas aku ada kenal dengan seorang perempuan 3 tahun atas umur dari aku.

Dia ada anak 2 orang hasil dari perkahwinan dia terdahulu tapi anak – anak dia bekas suami dia yang jaga dengan keluarga mertua dia di kampung.

Dia bercerai dah 4 tahun sebab bekas suami dia kaki perempuan. Lepas kenal 3 bulan aku decide nak bawa dia jumpa keluarga aku..

Aku tahu keluarga aku acuh tak acuh layan dia memandangkan rupa dia yang biasa – biasa, bukan pilihan keluarga aku.

Pilihan keluarga aku yang cerah – cerah cantik berisi sikit memandangkan keluarga aku dari keturunan yang kulit cerah.

2 tahun aku kahwin dengan isteri pilihan ibu dan adik beradik aku, baru nampak belangnya

Tapi gf aku sembang macam biasa dengan keluarga aku macam dah kenal lama pandai bawa diri. Hormat mak aku. Hormat kakak aku salam civm tangan.

Time waktu solat gf aku pergi solat dalam mall. Waktu jumpa keluarga aku tu kitorang keluar makan di mall. Lepas solat mesti la habis semua mekap.

Nampak muka natural dia walaupun dia pun bukan jenis yang mekap tebal tapi tetap ibu aku cakap lepas dia solat lagi nampak gf aku tak cantik kata ibu aku.

Walaupun ibu aku seorang yang tak tinggal solat baru aku sedar ibu aku tak sepatutnya cakap macam tu pada gf aku. Dulu aku tak sedar.

Lepas bawa dia berjumpa keluarga aku, terus keluarga aku cakap yang diorang tak terima gf aku dan diorang tak mahu aku teruskan hubungan dengan gf aku ni.

Diorang cakap gf aku tak secantik yang diorang nak dan gf aku seorang j4nda.. Tapi gf aku ni baik, pendengar yang baik segala masalah aku. Tak pernah minta beli macam – macam. Seorang yang low profile makan w4rung pon okay.

Tak pernah minta makan minum yang mahal – mahal. Dia tak biasa makan tempat yang cantik – cantik macam dalam mall. Dia rendah diri, dia bukan perempuan yang main aplikasi cari jodoh atau media sosiaI semua.

Keesokan hari lepas jumpa keluarga aku tu, aku terus dengar cakap keluarga aku yang keluarga tak mahu aku teruskan hubungan dengan dia. Aku tinggalkan dia macam tu je. Dia cari aku tapi aku tak mahu kecewa kan ibu aku.

Aku malu keluarga aku usik – usik aku perli cakap dapat gf yang tak lawa tak setaraf aku yang ada rupa sikit ni. Aku jadi give up dekat situ. Aku jadi tak rapat dengan keluarga aku disebabkan kan dia. Aku jadi menyendiri. Yang sebetulnya aku pun dah tinggalkan dia waktu tu.

Lepas berapa bulan tinggalkan dia, ibu aku pun kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Kerja bagus. Cukup perfect. Semua orang agung – agungkan dia. Lepas tu aku dengan dia dinikahkan tapi si perempuan tu minta hantaran yang sangat tinggi lebih dari kemampuan aku.

Berbeza dengan gf aku dulu yang hanya minta majlis nikah di pejabat agama sahaja. 2 tahun kahwin dengan isteri aku ni, iaitu pilihan ibu aku dan adik beradik aku, baru nampak belangnya. Isteri aku yang jenis sombong sebab dia tahu ramai yang agung – agungkan dia.

Ibu aku masak tak sedap dia complain. Dia cakap pakaian aku selekeh. Jenis yang tak nak buat kerja rumah tapi barang – barang mekap beratus setiap bulan wajib nak kena beli untuk dia. Wajib. Walaupun ada yang dah beli dia nak beli brand lain pulak.

Rumah bersepah penuh pinggan mangkuk dalam singki tak berbasuh. Cadar tilam bantal semua aku yang basuh. Dia hanya dengan dunia dia iaitu live jual – jual barang dia dan content – content dia yang bersembang mengarut dalam live dia.

Lepas habis buat live satu rumah bersepah siapa lagi yang kemas kalau bukan aku. Dia lepas live tidur penat katanya. Aku tak tahan. Setiap hari berg4duh sebab aku dah tak mampu sabar. Berbeza dengan gf aku dulu tak pernah tinggi suara dengan aku.

Walaupun dia pun kuat merajuk tapi senang dipujuk. Macam isteri aku sekarang sekali merajuk atas sebab yang tak faedah nak pujuk dekat 3 hari baru okay. Tu pun puas pujuk belikan mekap mahal – mahal baru nak okay. Dia pernah cakap dengan aku kalau aku tinggalkan dia pun dia okay sebab ramai lagi yang nak kan dia.

Aku betul – betul tak bahagia dengan dia. Walaupun dia cantik semua orang puji dia cantik tapi jiwa aku kosong. Cinta dan sayang dia pada aku, tak macam cinta dan sayang gf aku pada aku dulu. Cinta dan sayang gf aku dulu nampak ikhlasnya. Tapi dengan isteri aku ni nampak dia macam terp4ksa pilih aku.

Bila aku merajuk tak pernah nak pujuk. Aku yang pujuk diri aku sendri. Sedangkan salah punca dari dia. Keluarga aku selalu suruh sabar dengan per4ngai dia. Tapi sampai bila? Sampai dia dah bergaul bebas dengan lelaki baru aku nak hilang sabar?

Sekarang ni pun dia dah dengan dunia dia. Buat live dalam apps – apps dia berborak – borak dengan lelaki, orang lelaki puji dia lagi dia galak baIas – baIas komen tanpa izin aku. Buat aku macam tak wujud bila aku ada dekat rumah.

Kalau g4duh sikit asyik minta cerai. Sekarang pun aku betul – betul nekad nak ceraikan dia sebab dia meIawan aku, dia buka aib atas katil pada adik beradik dia semua bukti aku ada. Lepas tu sekarang dah galak layan ramai lelaki dekat aps dia.

Aku tiba – tiba jadi teringat pada bekas gf aku yang dulu. Yang low profile tak makan di tempat – tempat mewah. Henfon dia rosak tak pernah cerita dekat aku sebab tak nak aku beli kan yang baru katanya. Selagi boleh pakai dia pakai.

Tak tahu semua benda tapi disebabkan tak tahu semua benda tu la orang h1na dia. Orang cakap dia buta IT. Tak lawa. Tak explore dunia it segala macam apps yang ada sekarang ni. Orang tahu yang dia tak ada media sosiaI pun orang gelak kan dia.

Siapa lagi yang gelakkan dia kalau bukan keluarga aku sendiri. Dia selalu pesan dekat aku dengar pesan ibu. Jangan tinggal solat. Aku rasa terlalu rindu pada dia. Kadang – kadang airmata aku keluar. Rindu gelak tawa dia dengan aku dalam kereta keluar sama – sama dulu.

Rindu dia puji aku. Rindu segala pesan dan nasihat dia jangan lupa makan hati – hati pergi balik kerja. Rindu merajuk dia. Rindu dia menangis sebabkan aku. Sebab dia sayang aku. Aku rindu semuanya pasal dia. Aku berd0sa buat dia macam tu.

Tinggalkan dia macam tu sebabkan pilihan keluarga. Rasa berd0sa aku mungkin smpai ke m4t1 sebab setiap masa aku teringatkan dia. Apa cerita dia sekarang ye.. Untuk A.N.R semoga awak baik – baik je kat mana – mana pun.

Semoga awak bahagia dunia akhir4t. Saya tahu awak sedang bahagia sekarang sebab awak baik. Mungkin dah tiba masanya kifarah saya sekarang ni.

Saya tak boleh lupakan awak. Saya dah delete semua pasal awak tapi dalam hati dan jiwa saya tetap teringat kan awak. Saya rindu awak. Rindu sangat – sangat.

Baru saya sedar kehilangan awak bermakna buat saya sekarang ni. Walaupun macam – macam orang cakap pasal awak dulu, tapi hati saya tenang dan bahagia bila dengan awak.

Saya b0doh tinggalkan awak semata – mata dengar cakap orang.

Saya b0d0h. Kalau tak sekarang mesti kita dah nikah bahagia sama – sama sekarang kan awak. Ingat semua ingatan untuk saya juga kifarah itu wujud!

BACA:Konon nak ‘work life balance’, lelaki kongsi bahaya kerja sendiri