2 minggu ditahan di hospital, bekas DJ RTM meninggal dunia

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

BEKAS penyampai radio stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kassim Lee meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang Ahad di Hospital Selayang, Selangor.

Kassim berusia 50 tahun juga pernah menyertai Istana Budaya bahagian pemasaran sebelum ini.

Berkongsi khabar duka itu, sahabat Allahyarham dikenali sebagai Ema memberitahu.

2 minggu ditahan di hospital, bekas DJ RTM meninggal dunia

Kassim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 11 Ogos lalu akibat masalah ketumbuhan di bahagian kepala.

“Arwah baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Dia masuk hospital sejak 11 Ogos lalu namun dua hari lepas keadaannya mula teruk sehingga tak lalu makan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Ema berkata, sahabat baiknya itu juga mengalami masalah jantung sejak 10 tahun lalu dan baru-baru ini disahkan pula menghidap ketumbuhan dalam kepala.

Kassim pernah mengalami masalah jantung.

“Arwah bagaimanapun tak mahu buat pembedahan. Dia hanya ambil ubat untuk kurangkan bengkak,” jelasnya.

Sementara itu, Ema berkata, Allahyarham berkemungkinan akan dikebumikan di Kuala Lumpur memandangkan keluarganya berada di Sarawak.

“Keluarga di Sarawak sudah tahu khabar ini. Mungkin jenazah Allahyarham akan dikebumikan di sini sahaja. Lebih mudah,” katanya.

BACA: Ibu mangsa kemalangan motosikal rayu helmet merah anaknya dipulangkan