17 ahli politik dilantik dalam anak syarikat kementerian kewangan – Menteri

17 ahli politik dilantik dalam anak syarikat kementerian kewangan – Menteri

Ahli politik dilantik untuk 17 buah syarikat milik Kementerian Kewangan berdasarkan kemampuan dan kepakaran mereka, Dewan Rakyat diberitahu.

Kementerian Kewangan berkata pelantikan itu mengambil kira keperluan syarikat itu sendiri bagi membolehkan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan beroperasi pada tahap yang optimum.

“Justeru, ahli politik yang berkelayakan atau memenuhi kriteria ‘fit and proper’ sahaja yang dilantik untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat-syarikat MKD.

“Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan barisan kepimpinan ALP syarikat MKD dengan memperluaskan serta mempelbagaikan lagi komposisi ahli-ahlinya daripada segi kemampuan, kepakaran dan pengalaman,” kata kementerian dalam jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri).

Lim meminta Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz untuk menyatakan senarai GLC dan GLIC di mana lantikan politik telah dibuat sejak 2 Mac 2020 dan bagaimana lantikan itu akan membantu keberkesanan dan profesionalisme badan-badan ini.

Kementerian menyenaraikan 17 agensi di mana pelantikan ahli politik dibuat:

Amanah Raya Berhad
Felcra Berhad
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad
JKP Sdn Bhd
Khazanah Nasional Berhad
Padiberas Nasional Berhad
Pengurusan Aset Air Berhad
Perbadanan Nasional Berhad
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Prasarana Malaysia Berhad
Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tenaga Nasional Berhad
UDA Holdings Berhad
Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera
Yayasan Pelaburan Bumiputera

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/04/pelantikan-ahli-politik-di-17-syarikat-sejak-mac-dewan-rakyat-diberitahu/