Pernahkah anda merasakan diri anda diperdaya semasa servis kereta?
atau kereta anda mungkin tidak mengalami banyak kerosakan, tetapi bil servis boleh mencecah beratus-ratus ringgit.
Dalam artikel ini, kami akan memberikan tip kepada anda tentang cara mengelakkan dari ditipu semasa servis kereta.
1. Minyak Hitam
Minyak hitam bukan sintetik: Setiap 5,000 KM atau 3 bulan. Ikut mana datang dulu.
Minyak hitam sintetik 7,000 KM atau 10,000 KM.
2. Oil Filter
Bila tukar je minyak enjin, filter pun kena tukar sekali.
. Spark Plug
Boleh pakai sampai 30,000 KM/40,000 KM. Elakkan lebih 40K, takut nanti electrode dah nipis.
CopyAMP code
4. Timing Belt
Sebenarnya dia ikut jenis kereta, jadi pastikan korang ambil tahu timing belt kereta korang.
5. Bateri Kereta
Boleh tahan sampai 18 bulan ke 2 tahun, bergantung pada cara penggunaan.
6. Clutch Plate
Biasanya, hanya tukar bila berlaku “clutch slipping”. Bila 100,000 KM baru tukar clutch.
7. Fuel Filter
Tukar je dalam 40,000 KM sekali. Murah je benda ni dalam RM 15-RM 20.
8. Penapis Udara
Kena tukar setiap 20,000 KM. Kalau korang tukar jenis K&N, tak payah tukar just bersihkan je.
9. Minyak Gear
Untuk gearbox MANUAL, tukarlah minyak gear setiap 60,000 KM.
10. Cecair Brek (Brake Fluid)
Ganti baru setiap 60,000 KM.
11. Cecair Stereng Kuasa (Power Steering Fluid)
Sama jugak, ganti baru setiap 60,000 KM.
12. Penyejuk Radiator (Radiator Coolant)
Boleh tukar setiap 60,000 KM. Satu botol dalam RM 15-RM 20, selalunya warna hijau.
13. Air-Cond Belt/Alternator Belt
Boleh tukar setiap 60,000 KM. Satu botol dalam RM 15-RM 20, selalunya warna hijau.
14. Pam Air (Water Pump)
Tukar setiap kali kedua tukar timing belt. Contoh, kita tukar timing belt setiap 80,000 KM, kita tukar water pump setiap 160,00 KM.
15. Automatic Transmission Fluid (ATF)
Kena tukar tak lebih dari 30,000 KM. Kalau tak tukar boleh rosakkan gearbox AUTO korang.
Jangan lupa untuk sentiasa menyemak dan memahami maklumat berkaitan servis kereta agar anda dapat mengelakkan daripada ditipu.
Kesedaran dan pengetahuan yang cukup tentang kereta anda boleh membantu dan membuat keputusan dengan bijak dan menjaga tahap keadaan prestasi kereta anda.
Selamat memandu dan pastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan terbaik!