Secara umum, MyKad atau kad pengenalan (IC) merupakan dokumen peribadi yang sangat penting dan perlu dijaga dengan teliti.
MyKad digunakan dalam banyak urusan, sama ada rasmi atau tidak rasmi, sebagai pengesahan identiti.
Selain itu, kad pengenalan ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat untuk melindungi maklumat pemiliknya.
Namun, baru-baru ini tular dakwaan di media sosial mengenai kebocoran data MyKad yang melibatkan 17 juta rakyat Malaysia
Dan dikatakan telah dijual di laman dark web. Dakwaan ini disebarkan melalui hantaran oleh akaun X yang dikenali
sebagai Fusion Intelligence Center @ StealthMole, yang turut berkongsi beberapa gambar MyKad yang dipercayai telah dibocorkan.
Dalam hantaran itu, dikatakan bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah bocor dan kini dijual di dark web. Gambar sampel MyKad yang dipaparkan secara terbuka menimbulkan kebimbangan mengenai isu kecurian identiti dan penipuan kewangan.
Hantaran itu turut memberi amaran bahawa pelanggaran data berskala besar ini berisiko menyebabkan jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan.
Namun begitu, sehingga kini, dakwaan yang dikongsi di akaun X tersebut masih belum dapat disahkan. Perlu diingat, ini bukanlah kali pertama dakwaan seperti ini timbul.
Pada tahun 2022, pernah berlaku kebocoran maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Astro, dan Maybank, yang melibatkan lebih 13 juta data pengguna yang didakwa bocor di laman web dark web.
Maklumat yang dikatakan bocor termasuk nama penuh, tarikh lahir, alamat, dan nombor kad pengenalan pengguna.