12 tahun ‘misteri’ kehilangan Anita Sarawak kini terjawab. Kehilangan penyanyi Anita Sarawak sejak tahun 2011 mengundang pelbagai spekulasi dan pertanyaan apabila ramai ingin mengetahui punca dia membawa diri tanpa sebarang berita.
Namun persoalan mengenai kehilangan penyanyi itu akhirnya terjawab selepas dia menghubungi rakan baiknya di Malaysia iaitu penulis lirik yang juga merupakan bekas wartawan hiburan, Roslen Fadzil.
Menurut Roslen atau Slen, dia teruja apabila berpeluang bercakap sendiri dengan penyanyi lagu S3ksis itu menerusi panggilan telefon kepada Shuib Taib yang juga merupakan bekas wartawan hiburan pada awal Mei lalu.
Walaupun perbualan mereka singkat, Slen bagaimanapun berkata ia cukup bermakna kerana Anita sendiri berkongsi perkembangan hidupnya selepas 12 tahun menghilangkan diri.
Menurut Slen dia diberitahu, Anita turut menyangkal dakwaan dirinya kini sedang sak1t dan sudah bercerai dengan suaminya iaitu Mahathir Abdullah.
“Perbualan kami singkat sahaja dan saya juga tidak terlalu banyak bertanya kerana mahu menjaga privasi Anita.
“Apa yang boleh saya katakan cerita yang orang perkatakan tentang Anita sebelum ini seperti dia sak1t, sudah men1nggal dunia dan bercerai adalah tidak benar.
“Ketika dia hubungi saya, suaminya ada bersama. Anita sebenarnya sedih apabila ada yang katakan dia sudah men1nggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.
Sebelum itu, Slen menerusi Instagram memberitahu dia dihubungi oleh penyanyi itu pada 7 Syawal lalu.
“Lepaslah rindu selama 12 tahun tidak bersembang. Ternyata segala gosip tentang mereka selama ini berhubung keuzuran dan perpisahan adalah tidak benar.
“Kita biarkan mereka berdua hidup tenang di luar negara, hormati privasi mereka dan semua move on dengan ceria,” tulisnya.
Meskipun sudah lama tidak berhubung, Slen berkata percakapan dan perbualan penyanyi berusia 70 tahun masih sama seperti dahulu.
Malah, Anita juga masih mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan di Malaysia menerusi perkongsian rakan-rakan di sini.
Anita menghilangkan diri dari industri seni sejak 2011.
“Suara Anita masih seperti dahulu. Dia seorang yang ceria seperti mana yang saya kenali dahulu.
“Anita tidak lagi menyanyi sekarang ini dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang disukainya seperti berkebun di rumah.
“Tapi di mana dia tinggal pun saya tidak pasti. Dia dan suaminya suka mengembara, jadi tak tahu di mana mereka tinggal sekarang ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Usaha wartawan hiburan menjejaki Anita dan suaminya tidak berjaya kerana sehingga kini tiada sebarang petunjuk di mana mereka menetap.
Bukan itu sahaja, beberapa cerita tentang penyanyi itu sakit turut menjadi perbualan apabila ada yang ternampak dia menjalani rawatan di Kuala Lumpur dan Singapura sebelum ini.
BACA:
Dai Syed cerita perkara sebenar selepas mahkamah bebaskan dari tuduhan cabul
Tuntutan palsu, pegawai polis SB saman pengarah kanan Bukit Aman