“12 tahun kahwin baru tahu sisi gelap suami, jatuh terduduk aku bila doktor bagi penjelasan

Oleh DAHLIA MARZUKI

Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan mula merasa tidak sedap hati apabila disahkan menghidap jangkitan penyakit kelamin oleh pakar perubatan.

Mencuba untuk tidak menyalahkan pasangan, segala-galanya terbongkar selepas wanita itu terjumpa telefon bimbit lama milik suami di dalam almari pakaian.

Kecewanya bukan kepalang, wanita berkenaan merasa teraniaya kerana baru mengetahui sisi gelap suaminya selepas enam tahun membina rumah tangga bersama.

Berikut kami kongsikan luahan wanita yang keliru dalam membuat keputusan untuk menentukan masa depannya ekoran mempunyai tiga orang anak bersama suami.

“Aku disahkan hamil selepas tiga bulan berkahwin. Masa usia kandungan enam bulan, aku dapat jangkitan di bahagian kemaluan.

“12 tahun kahwin baru tahu sisi gelap suami, jatuh terduduk aku bila doktor bagi penjelasan

Pakar perubatan sahkan aku terkena jangkitan genital herpes. Kata doktor, jangkitan ini berpunca dari hubungan intim atau perkongsian tandas awam (tandas duduk).

“Aku berpegang pada pendapat dijangkiti sebab tandas. Aku cerita dengan suami dan periksa gejala jangkitan, dia pun hadapi perkara yang sama. Jadi, kami suami isteri dah dijangkiti. Cuma tak tahu siapa kena dahulu, dan mungkin selepas berhubungan, maka terjangkiti kepada pasangan.

“Menurut doktor, herpes ni akan serang sekali sahaja yang teruk. Sekiranya diserang lagi, jangkitan seterusnya hanya minor. Persakit mungkin tak perasan. Herpes tiada ubat sebab dia memang akan kekal dalam darah. Doktor bagi antibiotik, dalam tujuh hari aku dah elok seperti biasa. Mulanya setakat itu sahaja.

“Kemudian, aku mengandung anak ketika masa usia perkahwinan mencecah enam tahun. Aku terjumpa telefon lama suami di dalam almari. Kebetulan pula aku tengah urgent nak guna. Aku buka telefon lama itu. Entah macam mana, tiba-tiba terbuka bahagian kenalan dan jumpa satu nama yang pelik.

“Aku buat carian di internet dan suspek nombor itu dimiliki oleh wanita yang buat kegiatan maksiat. Tiba-tiba masa itu terus teringat kisah yang aku kena jangkitan herpes. Aku mula terfikir yang MUNGKIN suami aku pernah berhubungan sebelum kahwin dan terjangkiti, kemudian dapat kat aku.

“Masa itu aku tak tahu nak rasa apa, nak fikir apa. Aku dah kahwin bertahun. Anak nak masuk tiga baru Allah tunjuk sisi lain suami yang tak pernah terlintas langsung kat kepala aku. Selama berkahwin, suami aku baik sahaja solat macam biasa dan entahlah. Aku tak rasa dia pernah curang.

“Tapi yang pasti, aku clean dan tak pernah berhubungan intim dengan lelaki lain selain suami selepas berkahwin. Aku tak pernah mengaku dekat suami mengenai nombor yang dijumpai dalam telefon lama dia. Nak minta berpisah, aku dah dijangkiti pun. Hubungan aku dengan suami juga baik-baik sahaja setakat ini.

“Aku cukup kasih sayang. Aku juga menyayangi suami dan anak-anak. Kadang-kadang aku risau. Tetapi aku terfikir juga mungkin itu sejarah lama suami and dia tak buat dah. Tetapi sungguh aku rasa teraniaya. Aku jadi was-was sama ada betul ke suami tak curang. Betul ke lepas kahwin dia tak pernah berhubungan dengan orang lain dan macam-macam fikiran kotor serta negatif.

“Kalau nak tuduh dia pernah buat benda tak baik dibelakang aku pun, tiada apa-apa bukti. Entahlah, buntu. Aku cuma berdoa semoga Allah pelihara aku dan keluarga dari sebarang kemudaratan. Hanya pada Allah aku berserah semuanya.” Tulis wanita berkenaan menerusi laman luahan di atas talian.

Baca juga: Akhirnya Polis dedah kenapa reman ibu bapa Zayn Rayyan dilanjutkan, rupa-rupanya..