12 lagi R&R, hentian dibuka untuk dine-in

Plus Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pembukaan kemudahan ‘dine in’ kepada pelanggan di 12 lagi medan selera di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah lebuh raya kendaliannya.

Ketua Pegawai Komersial (CCO) PLUS Christine Liew berkata, antara kawasan yang dibuka adalah R&R Ulu Bernam (arah selatan) bermula 20 September lalu.

Menurutnya, turut dibuka R&R Seremban di kedua-dua arah, Hentian Sebelah Nilai (kedua-dua arah), Hentian Sebelah Serdang (arah utara), R&R Machap (kedua-dua arah), R&R Ayer Keroh (kedua-dua arah), Restoran Jejantas Ayer Keroh dan R&R Pagoh (arah utara).

12 lagi R&R, hentian dibuka untuk dine-in

“Pelanggan lengkap vaksinasi dan layak melakukan perjalanan dengan kebenaran polis kini boleh menikmati pilihan makanan yang lebih menyelerakan bagi memenuhi keinginan ketika berehat di sepanjang lebuh raya.

“Saya sangat gembira untuk mendengar seorang penggemar makanan tempatan menikmati makanan di R&R kerana kami yakin, makanan yang disediakan mencerminkan kasih sayang dan kesungguhan rakan niaga tempatan kami dalam menyediakannya untuk menepati cita rasa pelanggan.

“Kami berharap lebih ramai pelanggan dapat mencuba makanan kegemaran rakyat Malaysia dan seterusnya membantu peniaga serta rantaian pembekal kami,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, R&R di lebuh raya kendalian PLUS terkenal dengan variasi makanan tempatan yang menyelerakan seperti nasi ambeng yang terkenal di R&R Pagoh, Pau Yik Mun di Tanjong Malim, D’Famous Zul Mee Kari yang sentiasa menjadi bualan di R&R Ulu Bernam dan hidangan ikonik, Senyum Sokmo di R&R Gunung Semanggol.

Menurutnya, pelanggan digalakkan untuk berehat seketika dalam perjalanan dengan mengunjungi gerai klasik terbabit.

Tambah beliau, PLUS mengingatkan pelanggan supaya menunjukkan status vaksinasi Covid-19 pada aplikasi MySejahtera ketika memesan makanan dan minuman di gerai kendalian Rakan Niaga untuk menerima tag pelekat hijau sebelum dibenarkan memasuki ruang makan medan selera.

“Menyedari bagaimana setiap pembelian dapat menguatkan azam komuniti jajaran dalam menghidupkan kembali sosio-ekonomi, kempen PLUS ‘Satu Pembelian Seribu Harapan’ terbukti menjadi inisiatif penting dalam memastikan kelestarian punca pendapatan rakan niaga dan rantaian ekosistem bekalan di sepanjang 1,130 kilometer lebuh raya.

“Sungguhpun pelanggan kini dapat mengunjungi restoran kegemaran, kami gembira kempen berkenaan mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia dan memberi kesan positif kepada seluruh komuniti di sepanjang lebuh raya kami,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/759216/plus-buka-12-lagi-rr-hentian-sebelah-untuk-dine

BACA JUGA : 33 lelaki rogol seorang gadis remaja 15 tahun

CATEGORIES