110 tahun karam dilautan, misteri Titanic terbongkar dengan imbasan digital penuh pertama

Oleh INFORAKYAT

110 tahun karam dilautan, misteri Titanic terbongkar dengan imbasan digital penuh pertama.

PASUKAN penyelidik laut dalam telah menyelesaikan imbasan digital penuh pertama kapal Titanic

Imbasan tersebut yang menunjukkan keseluruhan retakan pada kapal pelayaran mewah itu selepas ia tenggelam 110 tahun lalu.

110 tahun karam dilautan, misteri Titanic terbongkar dengan imbasan digital penuh pertama

Ia termasuk butiran yang belum pernah direkodkan sebelum ini.

Kejayaan itu menyusul di sebalik tayangan dokumentari baharu mengenai penemuan tersebut.

Dengan menggunakan dua kapal selam yang mampu beroperasi secara jarak jauh, pasukan penyelidik telah menghabiskan enam minggu pada musim panas tahun lepas di Lautan Atlantik Utara untuk memetakan keseluruhan bangkai kapal di kawasan serpihan seluas 3 batu.

Penyelidik turut menemukan beberapa barangan peribadi penumpang seperti kasut dan jam tangan.

Akhirnya Gambaran Lengkap Kapal Titanic Didedahkan Dalam Bentuk 3D

Pada 15 April, 1912, kapal Titanic sedang dalam pelayaran sulungnya dari Southampton, England ke New York apabila ia bertembung dengan bongkah ais di Newfoundland, Lautan Atlantik Utara.

Kapal mewah tersebut tenggelam dalam tempoh beberapa jam selepas pelanggaran dan mengorbankan kira-kira 1,500 orang penumpang.

Serpihan kapal yang ditemui pada tahun 1985 terletak kira-kira 12,500 kaki (3,800 meter) di dasar laut/

Sejak tahun lepas, sebuah kumpulan penyelidik telah menghabiskan masa selama tujuh bulan untuk memproses data dan maklumat mengenai tragedi tersebut.

Kesemua data itu dirakamkan di dalam sebuah dokumentari yang dijangka ditayangkan pada tahun depan.

BACA”

Ketua Pemuda Pas ‘sembang’ macam Kelantan juara bertahan Sukma – NKP Amanah Kelantan

Fyna jebat dicerai jurulatih bola sepak terkenal, sekali lain pula respon Ayda Jebat buat netizen terkejut