1000 ekor kucing diselamatkan sebelum diproses jadi sosej

Oleh AHMAD SULAIMAN

Polis sempat menyelamatkan kira-kira 1,000 ekor kucing ‘tidak berdosa’ yang bakal disembelih untuk dijual sebagai daging babi,

kambing mahupun sosej dalam kejadian di Zhangjiagang baru-baru ini, lapor CNN.

Menurut laporan, segalanya bermula apabila pihak polis dapat menghidu kegiatan sekumpulan pihak terbabit menerusi maklumat oleh aktivis haiwan awal bulan ini.

Menurut aktivis, Gong Jian seperti dilapor The Paper, mereka pada mulanya perasan akan beberapa kotak kayu berpaku

Yang digunakan untuk mengurung kucing – diletakkan di satu lokasi berdekatan kawasan perkuburan.

1000 ekor kucing diselamatkan sebelum diproses jadi sosej

Ragu-ragu dengan situasi sedemikian, mereka melakukan rondaan selama enam hari bagi mengenal pasti perkara selanjutnya.

Sehinggalah pada hari kejadian di mana sebuah lori mengangkut kotak kayu berisi kucing-kucing itu untuk dihantar ke pusat penyembelihan, mereka terus menghubungi polis untuk operasi tangkapan.

Sementara itu, setiap kucing yang disembelih beratnya mencapai sekitar 1.8 ke 2.2 kg selepas diproses dan difahamkan harga pasaran bagi 0.45 kilogram (kg) daging kucing dijual dengan harga RM19.

Namun pihak terbabit menipu dan mendakwa bahawa daging yang mereka jual ialah daging babi atau kambing.

Malah laporan menyatakan nilai keuntungan yang dibuat hasil penjualan daging tipu itu mampu mencapai sehingga RM98,000.

“Sesetengah orang akan buat apa saja kerana ia memberi keuntungan,” katanya kepada The Paper, dalam masa sama sedang membina tempat perlindungan kucing liar di wilayah itu.

Walau bagaimanapun laporan tidak menyatakan sama ada kucing-kucing berkenaan merupakan kucing jalanan, liar ataupun belaan seseorang.

Difahamkan, jika kes tersebut tidak dikesan polis, kucing-kucing itu mungkin akan disembelih dan diproses sebelum dihantar ke selatan China untuk dijual sebagai daging babi, kambing mahupun sosej.

Justeru setelah diselamatkan, kucing berkenaan yang telah dibawa tempat perlindungan haiwan berdekatan.

Dalam masa masa, seorang lagi aktivis, Han Jiali yang turut sama membantu polis menyerbu lori suspek terbabit mendakwa ini bukanlah kes pertama kali berlaku.

Dakwanya, dia sebelum ini turut pernah mengentikan perdagangan haram bersama pihak berkuasa di Guangdong bagi kes serupa.

Lindungi Haiwan
Sementara itu, laporan tersebut menimbulkan rasa risau dalam kalangan pejuang hak asasi haiwan dan keselamatan pemakanan di media sosial China dengan ramai yang menggesa agar pemeriksaan lebih teliti dilakukan pihak berkuasa.

Negara itu telah lama mempunyai sejarah yang panjang dengan isu makanan dan keselamatan pada masa lalu.

Skandal makanan yang terbaharu tular ialah kes kepala seekor tikus yang dijumpai dalam makanan yang disediakan di sebuah kolej.

Pegawai tempatan pada mulanya cuba untuk mengatakan bahawa ia hanya cebisan leher itik, tetapi bimbang atas penipuan, penyiasat wilayah telah dipanggil dan didapati bahawa ia adalah kepala tikus.

Walaupun China mempunyai undang-undang untuk menyelia dan melindungi haiwan ternakan serta terancam, namun tiada undang-undang am yang menyasarkan kekejaman haiwan terhadap haiwan peliharaan, kucing dan anjing jalanan.

Kumpulan hak asasi haiwan dan alam sekitar telah lama berkempen untuk menentang penggunaan bahagian haiwan, termasuklah spesis terancam untuk digunakan sebagai ubatan tradisional.

Terdapat juga tentangan yang semakin meningkat terhadap festival daging anjing tahunan di Yulin, di wilayah autonomi barat Guangxi.

“Haiwan tidak mempunyai hak dan tiada jaminan untuk kesalamatan makanan,” kata salah satu daripada beratus pengguna yang mengambil berat tentang situasi terkini.

BACA: Pemimpin UMNO cadang pindah Kuala Lumpur ke lokasi lain, cadang tukar nama ‘Tanpa Lumpur’