10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim, lain macam ‘fresh’nya

10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim lain macam freshnya

10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim, lain macam ‘fresh’nya. Cantik jelitanya Reen Rahim pada malam berinai, macam artis Bollywood air wajahnya. Itu pun satu anugerah juga.

Haa.. buat bakal pengantin yang nak naikkan seri pengantin waktu atas pelamin, anda mesti teruja dan tercari-cari petua cantik yang buat nampak wajah nampak fresh.

Bayangkan kalau tetiba ada salah tetamu yang datang tegur, “Nampak penat je pengantin, tak cukup tidur ke?” Hah, sudah!

Maklumlah macam-macam persiapan yang anda buat sebelum majlis tiba, pasti ada yang kurang cukup tidur dan terlepas untuk prep kulit wajahnya.

Eh, semua pengantin nak nampak cantik walau akan dimekap. Mesti nak nampak natural beauty di hari persandingan.

10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim lain macam'fresh'nya

Jom Rapi kongsikan 10 petua naikkan seri pengantin ala-ala Reen Rahim…

1. 44 hari sebelum hari bahagia.

Makan kelopak mawar merah setiap hari menjelang 44 hari sebelum majlis. Amalkan untuk nampak berseri seri setiap hari. Nanti muka anda mesti glowing habis masa hari pernikahan tu.

2. 30 hari menjelang hari bahagia

Jadikan rebusan daun sireh sebagai masker and pencuci muka anda menjelang 30 hari sebelum hari bahagia anda. Air rebusan daun sireh ni boleh elakkan jerawat dan ruam juga.

3. Hirisan timun sebagai eyemask.

Hirisan timun yang sejuk ni boleh hilangkan eyebag and dark circle di mata anda yang penat tu. Tiada istilah mata panda lagi!

4. Lobak sebagai masker muka.

Lobak merah kaya dengan vitamin E boleh bantu anda hilangkan parut dan buat muka lebih berseri bila atas pelamin nanti. Amalkan, ya.

5. Air kelapa tua membantu melembabkan wajah.

Ramai yang tak tahu, air kelapa tua ini boleh melembabkan muka dan buat muka glowing!

6. Tidur secukupnya.

Pastikan sibuk mana pun anda, tidur mesti kena cukup 8 jam. Terutamanya menjelang 30 hari sebelum majlis. Anda kena dapat rehat yang cukup.

7. Jangan lupa luangkan masa ke pusat kecantikan.

Menjelang 14 hari sebelum majlis, anda boleh ke spa untuk manjakan diri dan dapatkan ketenangan supaya masa majlis nanti anda nampak lebih bertenaga dan berkeyakinan.

8. Minum air putih 2 liter sehari.

Ini penting, pastikan anda minum air mineral 2 liter sehari untuk elakkan kulit kering dan badan sihat menjelang majlis nanti.

9. Ambil supplement untuk meningkatkan tenaga.

Boleh ambil vitamin atau energy booster untuk pastikan anda sihat dan nampak bertenaga sepanjang majlis berlangsung.

10. Pakai wangi-wangian

Sentiasa pakai haruman untuk naikkan confidence level anda dan semakin berseri pada hari bahagia. Jangan pilih yang kuat sangat baunya, just nice.

Semua petua dah ada, tinggal nak amal saja. Jadi kepada semua pengantin jangan lupa amalkan untuk nampak cantik ala Reen Rahim tu. Eh!

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Reen Rahim (@reenrahim)

BACA:

Puteri Sarah kata Syamsul dah kahwin di Thailand dengan Ira

Kecoh dakwaan anak Muhyiddin jadi ‘paderi muslim’, siap ada bukti

Kalendar cuti umum sekolah yang rasmi dah keluar, rancang sekarang

CATEGORIES