“10 tahun kerja, tak pernah MC dan EL, kerja pun tiptop, selalu buat kerja lebih dari staff lain, tapi bila aku sakit macam ini boss layan aku”

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Nama aku Ash. Bekerja sebagai seorang penjawat awam dalam sebuah jabatan kerajaan. Level jawatan aku cuma kakitangan sokongan sahaja.

Tak pernah niat pun nak mohon ke peringkat pengurusan, walaupun aku dah ada ijazah.

Aku lebih suka dengan kerja aku sekarang. Lebih banyak masa lapang peribadi untuk aku explore skill – skill aku yang lain.

"10 tahun kerja, tak pernah MC dan EL, kerja pun tiptop, selalu buat kerja lebih dari staff lain, tapi bila aku sakit macam ini boss layan aku"

Umur aku sekarang dah nak hampir 40-an, masih belum berkahwin. Sebab aku lebih fokus untuk jaga emak aku (ayah aku dah lebih 10 tahun meninggaI dunia), memandangkan adik beradik aku yang lain dah pun berkahwin.

Dan mereka agak sibuk menjaga keluarga sendiri. Aku dah 10 tahun juga berkerja dalam kerajaan ni. Dah bersilih ganti pegawai atasan yang aku serve sepanjang aku bekerja di jabatan ini. First posting aku sampailah sekarang.

Masalah utama yang sering hadap sekarag adalah untuk berulang alik dari rumah aku ke tempat kerja. Setiap hari, aku kena tempuh lebih kurang 100 kilometer dan habiskan masa 2 jam atas jalan. Aku pergi kerja dengan motorsikal sahaja.

Lebih mudah nak elakkan traffic jam. Jadi terp4ksalah juga hadap hujan panas, jalan sesak, jalan sibuk, lori treler, GCB setiap hari untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Tapi dalam masa 10 tahun ni, aku belum pernah lagi mengeluh.

Aku sentiasa positif walaupun tengah penat kadangkala bila terp4ksa tempuh ulang alik yang jauh ni. Tapi bila aku dah cecah 40-an, aku sendiri dah terasa stamina aku dah tak macam dulu. Memang letih dari segi fizikaI dan mentaI bila berulang alik jauh ni.

Lebih meletihkan, bila pagi – pagi aku terp4ksa bangun dan bersiap awal (sampaikan terp4ksa Iawan benda negatif dalam fikiran aku ni) untuk bergegas ke tempat kerja. Badan penat. Otak letih. Semangat m4kin lesu. Itulah yang aku rasakan sejak 2 ke 3 bulan ni.

Jadi aku mula cari kenalan yang jawatan sama dengan aku untuk buat pertukaran suka sama suka. Aku bagitahu juga pada pegawai atasan yang aku serve sekarang ni yang aku nak mohon pertukaran ke jabatan yang dekat dengan rumah aku.

Mula – mula pegawai aku tu agak berat nak lepaskan aku. Tapi bila aku jelaskan situasi yang aku kena hadap sekarang, akhirnya dia faham. Sejujurnya, aku happy bertugas di tempat sekarang. Prestasi kerja aku tak pernah menurun sejak dari aku mula masuk kerajaan.

Semua orang kenal aku sebagai seorang yang memang rajin dalam bekerja sampaikan aku dapat APC beberapa tahun lepas. Pengiktirafan yang aku dapat bukannya dari bodek bos, tapi dari hasil kerja yang aku tunjukkan.

Bila aku dah siapkan surat permohonan termasuk isi borang tukar tu, proses – proses seterusnya seperti biasalah. Siapa yang kerja kerajaan memang tahu prosedur tukar suka sama suka ni. Tak lama selepas tu, pegawai atasan aku panggil masuk ke bilik dia.

Pada mulanya, aku fikir dia nak beritahu berita baik. Tapi maIangnya, dia terangkan pada aku yang pertukaran aku tu tak dibenarkan oleh Pengarah Negeri. Alasan utama pengarah aku tu adalah, orang yang nak datang bertukar dengan aku tu agak bermasalah dalam kerja.

Jadi, aku tak dibenarkan bertukar dari tempat sekarang. Sebab kalau aku ada kat sini, tempat sini takkan ada masalah. Jadi pengarah aku kononnya membuat keputvsan sebagai ketua jabatan untuk kebaikan organisasi.

Dia suruh aku bertahan 1 tahun ke 2 tahun lagi. Fikiran aku jadi blank sekejap. Jadi tak faham, kecewa bercampur marah. Alasan yang pengarah aku bagi tu agak selfish dan tak adil. Oleh kerana tak nak orang yang tukar dengan aku tu buat masalah di tempat ni, pertukaran aku tak dibenarkan.

Habis tu, macamana dengan kebajikan aku? Keselamatan aku? Kesihatan mentaI dan fizikaI aku? Tolak tepi ke? Atau nak tunggu sampai aku kemaIangan, masuk hospitaI berbulan – bulan, barulah aku dibenarkan bertukar ke tempat yang lebih dekat dengan rumah aku?

Masa tu, aku terasa penat sangat – sangat. Bila aku keluar dari bilik pegawai aku, aku terus ke toilet. Menangis. Sebab masa tu aku marah sangat – sangat. Marah dengan cara jabatan aku tak kisah kebajikan kakitangan. 10 tahun aku bersabar, berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Tapi bila aku mohon simpati dan empati dari ketua jabatan aku sendiri untuk aku bertukar ke tempat yang lebih dekat, senang – senang aje mereka tolak tepi masalah aku. Macam benda remeh temeh. Ada kawan yang menyindir, aku perform sangat dalam kerja sampaikan pegawai tak nak lepaskan aku pergi tempat lain.

Bila dengar sindiran tu, terasa m4kin geram hati aku. Bila aku fikir balik, memang aku tak pernah buat masalah dalam kerja. Aku tak pernah MC, jarang sangat EL (kecuali bila betul – betul perlu) dan aku tak selalu sangat ambil cuti tahunan.

Kerja aku tiptop, sebab aku gunakan pengalaman semasa berkerja swasta dulu untuk uruskan dan susun atur setiap tugas – tugas yang aku buat. Dalam kerja kerajaan ni, yang penting kena susun kerja dan pandai atur masa untuk siapkan kerja ikut dateline.

Itulah yang aku buat dari dulu sampai sekarang. Sebab jabatan aku ni paling banyak berhubung dengan orang awam dan jabatan lain. Kalau aku lembap buat kerja, memang tertangguhlah urusan orang awam dan jabatan lain.

Bahkan selalunya aku selalu buat kerja extra mile, bantu kerja orang lain, walaupun bukan tugas utama aku. Tak sangka, betapa t0ksiknya jabatan kerajaan ni sampaikan mereka tak peduli dan tak jaga pun kakitangan yang perform dalam kerja.

Mereka cuma jaga kakitangan yang pandai sembang, pandai bodek dan pandai wayang semata – mata rupanya. Waktu aku menulis ni, hari inilah aku baru dapat tahu keputvsan pengarah aku tu.

Hati ni tengah geram bercampur aduk dengan marah, sedih dan hampa. Aku berharap sangat adalah nanti jalan keluar dari masalah aku ni. Nanti apa – apa, aku akan update lagi. – Ash (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rabiatul Adawiyah : Dah boleh mula ambil mc selalu, EL Bila tanya kenapa.. jawab jelah saya dah tak sihat, saya dah tua, badan dah tak fit mcm dulu boleh lanyak je semua. Jawab je jujur.. diorang ni kalau tak jujur, tak reti bahasa. Semoga urusan pertukaran dipermudahkan.

Nazira Mylisa : Pergi hospitaI rujuk pakar psiki4tri. Cakap je str3ss yang meIampau, makan dan tidur dah tak normal. Selalunya doktor psiki4tri akan bagi cuti setengah bulan kalau cakap str3ss sebab kerja.

Lepas tu next follow up, minta surat sokongan doktor psiki4tri yang Cik puan tak boleh kerja dekat tempat sekarang sebab jauh dan memberi tekanan.

Kalau ada kaunselor kerjaya kat tempat kerja, jumpa dia bawak surat sokongan dari jabatan psiki4tri. Dah ramai follow cara ini,. selalunya berjaya. Lantaklah mulut orang nak cakap apa. Jumpa doktor psiki4tri bukan sebab kita giIa. Kita nak cari penyelesaian untuk diri kita.

Aina Hamdan : Betul. Begitu la rumitnya sesi pertukaran dalam organisasi kerajaan yang orang luar tak nampak dan tak faham. Rasanya encik perlu surat sokongan dari hospitaI

Mungkin perIukan khidmat kaunseling jugak. Dalam memohon pertukaran, surat – surat sokongan sangat penting encik. Dan…. Cuba la bercuti.

BACA: “Masuk bulan ketiga kami kahwin, saya disahkan hamil, saya rasa diri saya jijik, tak ubah macam pelacur”