Baru-baru ini, tular di platform TikTok seorang individu lelaki berkongsikan kisah
Dia dan isteri tercinta kekal tabah berkahwin sudah 10 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Berkat doa serta kesabaran mereka, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel tetapi perkara yang tidak disangkakan berlaku.
Selepas 3 bulan mereka hidup bahagia mempunyai anak sendiri, individu tersebut terpaksa lalui ujian berat selepas isteri dijemput Ilahi akibat masalah jantung.
Sebelum pergi meninggalkan keluarga kecil itu, arwah sempat mengadakan majlis aqiqah anak pertamanya itu.
@missdenokYa Alloh… Apa kabar daun sidratul muntaha punyaku????… Apakah sudah hampir jatuh??? Jika masih tumbuh kuat didahanya, tuntunlah aku disisa umurku dalam ketaatan Tapi jika sudah hampir jatuh bimbinglah hamba ya Alloh agar hamba pulang kepadaMu dalam keadaan engkau cinta Padaku. Aamiin Aamiin ya Alloh….♬ suara asli – denok demplon
Biarpun sudah beberapa bulan berlalu, si suami masih sedih atas pemergian pasangannya itu dan juga berkata akan memilih isteri untuk hidup hingga ke masa tua.
Difahamkan, bayi mereka kini sudah memasuki usia 4 bulan dan individu lelaki itu kuatkan diri menjaga anak kecil tersebut seorang diri.
BACA: Azhan Rani dedah kenapa belum berkahwin walaupun umur cecah 50 tahun, alasannya buat ramai terkejut