Pergaduhan antara adik-beradik merupakan lumrah biasa dalam sesebuah keluarga, terutamanya ketika zaman kanak-kanak.
Namun, kebiasaannya, konflik seperti ini tidak berpanjangan kerana hubungan darah sering menjadi pengikat untuk mereka berbaik semula dan meneruskan hidup seperti biasa.
Namun, lain pula kisahnya bagi seorang gadis yang berkongsi pengalaman membesar yang suram di TikTok.
Dia mendakwa tidak bertegur sapa dengan abangnya selama 11 tahun, meninggalkan trauma mendalam yang masih dirasakannya hingga kini.
“Masa saya kecil, saya tak bercakap dengan abang saya hampir 11 tahun, dari umur sembilan tahun sampai 20 tahun.
Sepanjang bertahun-tahun itu, saya hidup dalam ketakutan,” luah gadis itu.
Menurutnya, hubungan dingin itu berpunca daripada sikap abangnya yang sering menjeling, menenung, dan memarahinya apabila dia berbual dengan adik-beradik lain. Situasi ini menyebabkan dia merasa terasing dalam keluarganya.
“Kalau keluarga berhimpun ramai-ramai, saya akan senyap. Suara saya seolah-olah tersangkut di tekak, takut nak bersuara. Sampai sekarang saya masih trauma walaupun hubungan kami kini sudah pulih. Namun, rasa janggal itu tetap ada,” tambahnya.
Lebih menyedihkan, dia meluahkan rasa terkilan terhadap sikap ibu bapanya yang tidak pernah berusaha mendamaikan hubungan mereka.
“Paling terkilan, mak ayah saya tak berusaha untuk rapatkan kami sebagai adik-beradik. Adik-beradik tak bercakap tu perkara biasa ke?” tulisnya.
Kisah Pengajaran dari Netizen
Kisah gadis ini mendapat perhatian ramai di TikTok, dan beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa. Salah seorangnya mendedahkan penyesalan apabila tidak berbaik dengan abangnya sehingga ke akhir hayat.
“Dulu saya rapat dengan abang, tapi ada salah faham. Umur 14 sampai 21 tahun, kami tak bercakap langsung. Akhirnya, dia meninggal dunia. Masa dia separa sedar, saya bisik minta maaf dan katakan saya