10 makanan yang pantang diambil ibu hamil, nombor 6 tu ramai yang abaikan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Tak boleh makan sebarang semasa menempuh fasa hamil. Jika ibu mahu dalam keadaan sihat bersama cahaya mata yang berada dalam kandungan

Perlu sabar mengelak daripada menjamah banyak makanan yang mungkin sebelum ini menjadi kegemaran.

Berikut 10 makanan dan minuman yang ibu mengandung wajib jauhi sepanjang tempoh kehamilan

seperti dikongsikan portal Hello Doktor:

1) Daging kisar

10 makanan yang pantang diambil ibu hamil, nombor 6 tu ramai yang abaikan
Walaupun daging kisar biasanya bebas kuman, tetapi ada risiko untuk mereka yang mengambilnya.

Individu yang makan makanan ini berkemungkinan mendapat simptom keracunan makanan akibat bakteria E.coli terutamanya jika ia tidak dimasak dengan betul.

Bagi mengurangkan risiko tersebut, cuba elak mengambil makanan berteraskan daging kisar. Anggap ia sebagai makanan dilarang ketika hamil.

2) Makanan laut yang dibakar

Walaupun ramai berpendapat makanan yang dibakar ini sihat untuk tubuh badan, namun bukan semua makanan laut yang dibakar sesuai sebagai makanan untuk ibu hamil.

Jika proses penyediaan makanan tersebut tidak dibuat sebaiknya, ia mungkin mengandungi bakteria Listeria monocytogenes. Oleh sebab itulah, ia dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil 2 bulan.

 

Mikroorganisma tersebut mampu menyebabkan gejala cirit-birit dan muntah-muntah. Selain itu, ibu hamil yang dijangkiti juga berisiko mengalami keguguran atau kelahiran bayi mati.

3) Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi

Jika isteri ingin makan ikan yang mempunyai kandungan merkuri seperti ikan makarel raja, ikan tuna atau ikan todak, elakkan memberi makanan tersebut kepada mereka.

Merkuri yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan kerosakan pada otak, sistem saraf serta perkembangan penglihatan dan pendengaran pada janin.

4) Telur kurang masak dan mentah

Bakteria salmonella bukan sahaja boleh menyebabkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah, tapi ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan lemah sistem pertahanan badan.

Oleh itu, telur kurang masak atau mentah dianggap sebagai makanan yang tidak bagus ketika kehamilan.

Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh mempengaruhi tahap perkembangan bayi anda. Justeru, pastikan anda menggoreng telur sehingga betul-betul masak.

5) Daging mentah

Kadangkala, daging atau ayam yang dimakan tidak masak sepenuhnya.

Mungkin daging tersebut masih kelihatan kemerah-merahan atau mengeluarkan darah. Hidangan mentah sebegitu adalah makanan dilarang ketika hamil.

Makanan berdaging separuh masak boleh mengandungi parasit Toxoplasma.

Ia boleh menyebabkan kecacatan pada perkembangan janin, keguguran atau kematian janin.

6) Minuman berkafein
Seperti yang anda sudah sedia maklum, kafein boleh menyebabkan kesan mudarat jika diambil secara berlebihan oleh ibu mengandung.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan had maksimum 200 mg sehari bagi peminum kopi tegar.

Jika diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan masalah berat lahir rendah, kelahiran pramatang dan kematian dalam rahim.

7) Kerang yang mentah

Dalam situasi biasa, makanan seperti kerang mentah dan tiram boleh diambil.

Namun, tidak untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi toksin berbahaya daripada bakteria atau virus yang menyebabkan simptom keracunan makanan.

8) Susu tidak pasteur

Proses pempasteuran susu dapat membunuh bakteria seperti Salmonella, Listeria dan E.coli.

Pengambilan susu tidak dipasteur boleh menyebabkan risiko keracunan makanan meningkat.

Perkara ini boleh mempengaruhi tahap tumbesaran bayi, memandangkan bakteria yang terlibat boleh menyebabkan kesan buruk terhadap anda dan bayi.

9) Buah atau sayur yang tidak dicuci dengan betul

Buah atau sayur yang tidak dicuci dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.

Selain daripada racun serangga yang disemburkan terhadap produk makanan tersebut, ia juga mempunyai parasit Toxoplasma.

Jika anda hendak mengambil buah-buahan, basuh ia terlebih dahulu.

10) Keju

Seperti susu, pengambilan keju yang tidak dipasteurkan boleh mengandungi bakteria.

Ia boleh menyebabkan simptom keracunan makanan, keguguran atau kematian dalam kandungan.

Walaupun kebanyakan keju yang dijual di pasaran sudah melalui pemeriksaan yang teliti, namun adalah lebih baik jika anda anggap keju sebagai makanan dilarang ambil sewaktu hamil.

BACA “Semenjak kes raya tahun lepas, bini abang mula buat perangai, keluarga aku dia buat musuh, patutlah..”